Thursday 2 August 2018

10 Tempat Menarik di Penang

1. Wonderfood Museum Penang

Disebabkan ramai yang suka makan, maka admin mulakan dengan tempat menarik di Penang yang terkini mengenai makanan di penang. Biasa kita dengar muzium tentang barang-barang bersejarah, kereta atau individu kenamaan tetapi Wonderfood Museum Penang memberikan kelainan dengan meletakkan makanan sebagai pameran. Yang bertambah menarik ialah fokus utama di muzium ini ialah ia memberikan fokus kepada makanan tempatan seperti:
  • Roti Canai
  • Nasi Lemak Ayam
  • Cendol
  • Laksa
Pengunjung boleh bergambar atau ber”selfie” dengan makanan-makanan yang terdapat di sini. Jangan terkejut dengan saiz makanan yang sangat besar dan sangat  seakan-akan betul. Jangan makan tau ! hahaha. Ini hanya replika. Sesuai untuk pengunjung yang berminat dengan sejarah makanan tempatan kita
Bayaran: RM15 (Mykad Dewasa) | RM10 (Mykad Kanak-kanak & Warga Emas)
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Telefon: +604 251 9095

2. The Habitats, Penang Hill

Anda stress di tempat kerja? Ingin mencari tempat menarik sebagai potret kahwin? Disini merupakan tempat menarik di Penang juga bagi sesiapa yang inginkan ketenangan dalam suasana hijau. Terdapat banyak daya tarikan disini yang akan membawa anda lebih dekat kepada alam hijau ini seperti:
  • Home of Nature
  • Nature Trail
  • Canopy Walk
  • Tree Top Walk
Terdapat 3 cara untuk sampai kesini iaitu dengan menaiki train, mendaki atau menggunakan 4WD. Nature Trail, disini anda dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika dengan lebih dekat di Penang Hill. Sepanjang 1.6KM berjalan disini anda boleh menghayati keindahan alam dengan beberapa pilihan taman tema seperti  Colour Garden, Butterfly Bank, Fragrant Garden and Ginder dan Palm Grove. Lokasi ini sangat sesuai untuk setiap peringkat umur kerana ia memfokuskan dalam kepentingan menjaga hutan kita. Keindahan flora dan fauna pastinya akan memukau mata.
Gayat atau tidak anda wajib untuk mencuba The Tree Top Walk! Adalah amat rugi sekiranya anda datang kesini dan tidak menaiki The Tree Top Walk yang berketinggian 13m. Anda boleh melihat pemandangan 360˚ Pulau Pinang daripada sini. Jika cuaca menarik, Langkawi juga boleh dilihat disini. Menarik bukan? Hehehe.
Bayaran:
Dewasa: 13 -59 tahunRM 50.00
Dewasa: 13-59 tahun (Kad Pelajar)RM 30.00
Kanak: 3-12 tahun. *3 tahun ke bawah PERCUMARM 30.00
Pakej Keluarga: 2 Dewasa + 2 Kanak-kanakRM 130.00

Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Rabu) (9.30am – 6pm)
Telefon: +604 251 9095
3. Penang Hill Lily Ice Kacang
Kita sambung dengan tarikan makanan menarik. Terletak di Medan Selera Astaka Bukit Bendera, kedai ini mempunyai sejarah pembukaan sejak 1986. Tempat ini wajib anda pergi sebagai penutup setelah penat lelah mendaki / menaiki Bukit Bendera. Turut menarik disini ialah:
  • Jus buah-buahan (Jus Avocado)
  • Smoothies
  • Ice kacang
Terkenal dengan Mango Ice yang berharga RM10, hidangan ini telah menjadi tempat menarik di Pulau Pinang seperti cincin pertunangan antara pengunjung yang datang kesini dengan Bukit Bendera. Rasanya sangat sedap disebabkan terdapat potongan buah manga segar berserta aiskrim.

4. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong

Avatar? Mungkin terbayang didalam minda anda tentang makhluk gergasi yang seakan-akan manusia dalam skala gergasi didalam hutan yang sangat cantik. Hutan yang penuh warna-warni didalam filem tersebut telah diilustrasikan di Tanjung Tokong ini. Daya penarik disini ialah:
  • Taman Tulip
  • Papan Chess Cina
  • Pokok berwarna-warni
  • Menara Bercahaya
Mungkin saiz tempat ini tidak berapa besar kerana dalam 10-15 minit anda sudah siap tawaf, tetapi pemandangan yang cantik ini akan membuatkan anda merasakan sejam tidak mencukupi untuk berada di salah satu tempat menarik di pulau pinang ini. Sesuai untuk mereka yang suka bergambar .Turut menjadi daya penarik disini ialah Taman bunga Kulip yang cantik. Disini tiada bayaran dikenakan. Gunakanlah peluang sebaiknya kerana biasanya pameran bunga tulip bercahaya dikenakan bayaran sehingga RM15 sekali masuk di tempat-tempat lain. Pesanan buat pengunjung parking disini agak terhad dan jangan pergi siang kalau tidak mahu kecewa.
Waktu Operasi: Setiap hari 8am-12am
Telefon: +60 4-899 9999

5. Penang Escape Theme Park, Teluk Bahang

Penang Escape Theme Park merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang suka akan sukan ekstrem dan inginkan riadah seperti di kampung (seperti masa dahulu). Hasil ilham oleh pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, En Sim beliau ingin membawakan satu konsep taman tema yang lain dari yang lain. Daya tarikan disini ialah seperti:
  • TUBBY RACER (Perlumbaan Tube)
  • A-Maze( Permainan sorok-sorok)
  • GECKO TOWER
Konsep yang ingin dibawakan disini ialah konsep permainan tradisional pada asalnya tetapi diberikan sedikit suntingan moden bagi meningkatkan tahap cabaran dan keseronokan. Anda disyorkan untuk meluangkan masa disini sekurang-kurangnya 4-5 jam. Tempat ini juga sesuai untuk apa jenis aktiviti team building, hari keluarga dan aktiviti bersama rakan/keluarga.
Bayaran: Minimum harga serendah RM55.00. Maklumat lanjut layari laman web Penang Escape Theme Park
 * Waktu Operasi: Setiap hari (KECUALI Isnin) 10am-6pm

6. Gurney Drive, Georgetown

Disini merupakan syurga makanan bagi mereka yang suka makan. Disini merupakan terkumpulnya tempat makanan sedap di penang! Beberapa makanan yang menarik disini ialah:
  • Char Kuew Teow (sudah semestinya menu wajib disini)
  • Pasembor (identiti Pulau Pinang)
  • Asam Laksa Penang
  • Siput Duri
Walaupun hanya kelihatan seperti gerai biasa kaki lima rasa mereka hotel lima bintang. Pastikan anda datang kesini dan mohon bersabar sekiranya tempat agak penuh dan sesak.

7. Penang Komtar

Bangunan Komtar Pulau Pinang merupakan pusat tumpuan terbaru di Pulau Pinang. Nafas baru yang diberikan kepadanya telah membuatkan ia menjadi pusat pelancongan yang aktif dengan terdapat banyak tempat didalam atau sekitarnya untuk dicuba seperti:
  • Ocean Explorer [D: RM30 | K:RM20]
  • Tongkat Ali King [D: RM15 | K:RM10]
  • Magic Mirror Maze [D: RM15 | K:RM10]
  • Window of the Top [D: RM88 | K:RM58]
  • Penang Jurassic Research Center [D: RM48 | K:RM38]
Pilih tempat bersesuaian dengan minat anda dan bajet anda. Window of the Top merupakan tempat yang menarik seperti The Shore, Melaka. Tempat-tempat diatas merupakan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa yang gemar aktiviti indoor .

8. Padang Kota & Mee Pata Sotong Hameed

Lagi satu tempat menarik di Penang. Apa yang menarik disini ialah Mee sotong (mee goreng + sambal sotong). Selama bertahun rasanya kekal sama dan masih menjadi buruan pengunjung yang datang ke Pulau Pinang.
Anda mungkin dikehendaki untuk beratur selama 30 minit minima kerana pada waktu makan tengah hari kebiasannya tempoh menunggu adalah seramai 20-25 orang. Jangan risau sementara menunggu giliran anda, boleh pekena coconut shake yang agak sedap. Setelah selesai menikmati mee sotong (K:RM5 | B: RM7) yang lazat, ais kacang boleh menjadi pencuci mulut yang sangat baik untuk dicuba.
  • Waktu Operasi: Setiap hari (KECUALI Ahad) 11.30am-8pm
  • Lokasi: Hameed ‘Pata’ Special Mee6, Kota Selera (Fort Cornwallis Food Court), Padang Kota Lama, Lebuh Light, 10200 George Town, Penang.
  • Telefon: na

9. Laksa Janggus, Balik Pulau

Laksa Timah atau Laksa Janggus sememangnya telah menjadi buah mulut orang sekalian lama kerana rasa kuahnya yang pekat, rasa ikan dan cukup masamnya menjadikan ia tempat menarik di penang ini. Laksa Timah ini dikenali oleh orang kampung disini kerana pemiliknya bernama Timah manakalah nama Janggus ini disebabkan kedai ini yang terletak dibawah pokok Janggus. Turut menarik disini ialah:
  • Pisang goreng
  • Keledek goreng
  • Kuew teow / bihun sup
Laksa yang hanya berharga RM2.50 dan special (tambah telur) RM3.00 ini berkonsepkan layan diri. Maka memang rata-rata pengunjung berasa selesa di sini. Pisang/keledek goreng disini ada secret recipe sikit disebabkan seperti ada bijan dan kebiasaannya pengunjung yang beli untuk bungkus akan menghabiskan sebelum keluar dari kedai kerana tidak boleh berhenti memakannya.

10. Penang Street Art, Georgetown

Admin akhiri tempat menarik di Penang ini dengan Penang Street Art yang terletak di Georgetown. Mungkin tidak ada sebarang aktiviti atau makanan yang boleh dinikmati disini. Seni yang tercipta diatas dinding bangunan-bangunan disini membuatkan admin berasa sangat kagum.
Disini kita dapat lihat seni yang banyak menggambarkan wajah riang kanak-kanak, scenario/aktiviti masyarakat dahulu sebelum 90-an serta bagaimana artis menggunakan sepenuhnya ruang yang ada dalam menyampikan emosi dan seni dengan sebaiknya. Akhirkata, Saya Sayang Penang

No comments:

Post a Comment

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...