Friday 6 July 2018

7 Tips Penjagaan Aircond Kereta Terbaik



1. Jaga servis setahun sekali
Sebenarnya kalau jaga servis setahun sekali adalah sangat baik jika aircond kerap digunakan. Bukan saja boleh jaga cooling coil tahan sampai maximum 15 tahun, komponen lain pun boleh tahan lama.
Terutama Compressor pun boleh tahan 15 tahun. Banyak sangat Boleh JIMAT!


  


2. Cuci / Tukar Cabin Air-Filter
Kalau aircond kerap guna, sangat bagus jaga penapis angin atau cabin air-filter. Minimum 1 bulan sekali bila buat servis enjin, boleh tukar sekali cabin air-flter sendiri. Jimat & bagus untuk sistem.
Kalau tak jaga ia boleh jadi punca cooling coil terlalu kotor dan angin blower tak kuat, sebab tu aircond tak berapa sejuk.
Lebih kronik lama kelamaan cooling coil boleh bocor. Kos repair mmg MAHAL!




3. Jangan buka suhu maksimum
Kalau guna aircond, ejas suhu tempreture jangan terlampau sejuk, paling rendah 20 celcius, jangan letak smpai 17 celcius.
Sebab apa?
Tak elok untuk compressor kerana terpaksa kerja kuat. Kecuali kalau terlampau panas boleh la. Tapi jangan biasakan.





4. Jangan Tambah gas!
Pelik kan? Tapi itu realiti yang saya nak share, ramai suka fikir bila kurang sejuk je tambah gas. Salah tu! Boleh jahanam compressor!
Kalau gas habis, baru ade bocor. Yang ni seeloknya check mana yang bocor, jangan suka tambah-tambah gas semata. 
Compressor tak tahan & mungkin menyebabkan masalah lebih kronik komponen lain pun akan rosak jugak.




5. Bawa kereta dengan berhemah.
Pernah dengar ayat “jalan raya bukan tempat berlumba”? Hehehe
Lebih kurang camtu la saya nak nasihat. Kalau nk JIMAT, nak aircond sistem tahan sampai 15 tahun, bawak kereta tu dengan berhemah. Cara tukar gear, kelajuan yang tidak membahayakan.
Kadang-kadang cara pemanduan juga boleh menjimatkan. Sebab kelajuan compressor mengikut kelajuan enjin, bayangkan laju sampai 200km sejam?
Tak menangis compressor tu? sebab tu F1 takda aircond..hahaha




6. Jangan ubahsuai system
Ni satu lagi, kalau aircond tak cukup sejuk, jgn memandai ubahsuai. Tambah condensor, tambah kipas condensor, tambah reciever drier, compressor buat direct dan lain-lain.
Kadang-kadang ubahsuai enjin pun ada kesan pada kualiti aircond!
Kalau nak buat pastikan duit korang banyak dalam akaun..hehehe
Ada duit, apa pun boleh. Takda duit..standard pun sampai jugak kan?..hahaha




7. Jangan banyak “pomen”
Tips last untuk jimat, cari panel khas untuk repair aircond bila ada masalah. Jangan banyak “tangan” sebab bila banyak tangan nanti solution repair pun berbeza. Mungkin kos akan jadi lebih mahal.
Kenapa penting satu kedai je repair? Sebab pomen tu je yang tau apa yang terbaik & sesuai bajet serta kondisi sistem aircond korang.
Berdasarkan pengalaman sy , setiap masalah aircond berbeza solusi untuk repair, ikut pada tahun & faktor lain yang akan mempengaruhi kualiti sejuk selepas baikpulih.



















No comments:

Post a Comment

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...