Friday, 26 April 2019

15 Makanan Sedap Kedah 2019

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menjadi destinasi bagi mengisi perut anda. Confirm semuanya sedap giler!

Alor Star

1.Kuey Teow Iman

Sumber: @vitdaily.co
Bagi yang suka makan kuey teow, ini lokasi wajib terjah untuk korang. Kalau orang Kedah yang merantau pun, balik Kedah mesti cari Kuey Teow Iman ni.  Kalau dah nama kedai pun Kuey Teow Iman, mestilah diorang ni specialist dalam masakan kuey teow. Kat sini korang boleh request sama ada nak char kuey teow atau kuey teow goreng. Untuk pengetahuan korang, char kuey teow ialah kuey teow yang digoreng basah dan sedikit berair tapi kuey teow goreng pulak sedikit kering. Selain kuey teow, korang jugak boleh cuba makanan lain seperti nasi ayam, makanan bergoreng, satay dan western food. Chicken Chop disini juga dikatakan antara yang sedap dan murah di Kedah.
Lokasi: Iman Koeyteow, Sultanah Bahiyah Highway, Taman Pandan, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 7 PM – 1 AM

2. Awi Pulut

Sumber: @noorinora
Awi Pulut ialah antara kedai yang popular kerana menyajikan pulut sebagai sajian utama mereka. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis lauk untuk dimakan bersama pulut tersebut. Terdapat 9 pilihan bagi pulut dan yang menjadi pilihan pastilah pulut durian dan pulut mangga. Korang juga boleh order pulut kahwin dimana mangga dan durian digabungkan menghasilkan gabungan yang mantap! Selain itu, kedai ini turut menawarkan pulut ikan masin yang sangat famous di Kedah. Bagi yang pertama kali berkunjung ke Awi Pulut, jangan lepaskan peluang untuk try signature pulut diorang. Selain pulut, korang juga boleh cuba nasi dengan variasi pilihan lauk seperti ayam berempah, ayam percik, gulai ayam dan gulai daging.
Lokasi: Awi Pulut Durian, Jalan Sehala, Taman Kolej, 05300 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 8.30 AM – 6.30 PM, Tutup: Jumaat

3. Laksa Ikan Sekoq

Sumber: @zhuse
Laksa utara adalah satu menu yang sangat terkenal bukan sahaja di utara tetapi juga di seluruh Malaysia. Kalau korang datang ke Kedah, Laksa Ikan Sekoq pastinya antara lokasi yang korang boleh cuba untuk merasai keaslian laksa utara. Uniknya Laksa Ikan Sekoq ialah seekor ikan kembung diletakkan diatas laksa selain sayuran dan telur rebus. Kalau makan disini, korang boleh tambah laksa sehingga kenyang dan bayaran yang dikenakan hanyalah untuk sepinggan laksa. So semua hantu laksa, take note dan masukkan tempat ini sebagai bucket list korang!
Lokasi: Laksa Ikan Sekoq, 255, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah
aktu Operasi: 11.30 AM – 7.30 PM

4. Apam Lenggang Pasar Kampung Berjaya

Sumber: @Nasyha Rusli
Bagi anda yang mencari sarapan pagi yang ringgan, ini adalah destinasi terbaik untuk anda kunjungi. Kalau korang berkunjung kesini, korang boleh memilih sama ada apam lenggang yang kosong atau apam lenggang yang dicampur telur. Rasa apam lenggang disini masih sama seperti dahulu menjadikan ramai pelanggan tetap berkunjung kesini demi menikmati apam lenggang. Kunci kepada kesedapan apam lenggang apam lenggang yang garing dan rangup tetapi lembut dibahagian dalam.
Lokasi: Apom Lenggang Pasar Kampung Berjaya, 1022, Kampung Berjaya, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 7 AM – 12 PM

5. Nasi Lemak Royale

Sumber: @nasilemakroyaleteamkedah
Kalau di Penang orang beratur untuk nasi kandar, di Kedah pulak orang beratur untuk nasi lemak! Nasi Lemak Royale bukan nama asing lagi bagi orang Kedah. Nasi lemak yang diusahakan oleh India-Muslim ni menjadi menu wajib kalau korang turun Kedah.
Apa yang membuatkan nasi lemak ni special ialah kuah kari yang sedap giler. Korang jugak boleh pilih pelbagai lauk antaranya ayam goreng, paru, udang dan sebagainya. Nasi Lemak Royale juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Kedah iaitu Istana Anak Bukit dan Kompleks Hijau Kuning. Selain Kedah, mereka juga telah melebarkan sayap ke Kuala Lumpur! jadi bagi anda yang tak berkesempatan untuk merasainya di Kedah, anda boleh juga berkunjung ke cawangan di Kuala Lumpur.
Lokasi 1: Restoran SMR Nasi Lemak Royale, 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi 1: 7 AM – 2.30 AM
Lokasi 2: Nasi Lemak Royale Original, Jalan Kompleks Hijau Kuning, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi 2: 6 AM – 5 PM

Sungai Petani

1. Restoran Mae Salon

Sumber: @evendra_r_subra
Kalau korang pertama kali datang ke sini, confirm korang akan terpegun tengok restoran yang berkonsep rumah kelong ni. Rumah Kelong ialah rumah yang dikelilingi air dan biasanya boleh dilihat dilaut. Restoran Mae Salon ialah thai restoran dan pastinya tomyam merupakan hidangan utama mereka. Selain itu, mereka juga terkenal dengan kari ayam hijau, siput lala steam dan banyak lagi. Lokasi Restoran Mae Salon ni berdekatan Hotel Park Avenue so senang je kalau korang nak cari.
Lokasi: 199-F, Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Bakar Bata, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 11 AM – 3 PM, 6 PM – 11 PM

2. Chennai Curry House

Sumber: @wilsonwaysen_93
Chennai ialah sebuah bandar yang terletak di kawasan timur India. Kaki Bollywood mesti dah terbayang-bayang scene dalam Chennai Express dimana si heroin tengah bagitau si SRK yang dia kena kidnap sambil menyanyi. Jadi, dengar saja nama kedai ini mesti korang dah boleh agak makanan apa yang dijual disini. Ya, makanan kat sini semua India mari. Kedai ni juga menyajikan makanan untuk Vegetarian so everyone can dine-in together! Signature dish kat sini ialah Banana Leaf Set dan juga briyani dia. Jadi kalau korang craving makanan India, this is for you.
Lokasi: 137, Jalan Lagenda 5, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 8 AM – 10.30 PM

3. Warung Simpor Utara

Sumber: @usezairina
Kedah memang terkenal dengan gelaran Negeri Jelapang Padi kerana mereka ialah negeri terbesar di Malaysia yang menghasilkan padi. Jadi, kalau korang ingin menikmati permandangan padi yang cantik dan instagramable, korang boleh datang ke Warung Simpor Utara sebab kedai ni betul-betul disebelah jelapang padi. Antara menu yang korang boleh cuba di Warung Simpor Utara ni ialah Bihun sup daging, Laksa utara, dan juga ABC. Kalau korang geng yang suka makan gearbox, disinilah tempat yang korang kena terjah. Harga yang ditawarkan disini juga sangat murah dan pasti korang teruja untuk cuba semua makanan kat sini. Sup kat sini memang sedap giler uols! No wonder la warung ni pernah viral dulu.
Lokasi: Warung Simpor Utara, Kampung Simpor Besar, Tikam Batu, Kedah
Waktu Operasi: 2 PM – 8 PM

4. Wonderful Pallet Cafe

Sumber: @zach_chew
Pallet cafe ialah sebuah cafe yang berkonsep hipster dan modern. Hiasan kat Cafe ni menggunakan kayu pallet dan sedikit sentuhan artistik menjadikan cafe ni instagramable. Jadi kalau korang nak rasa makanan yang sedap dan suasana yang best, korang bolehlah cuba Wonderful Pallet Cafe ni. Pallet Cafe ni menyajikan makanan western dan apa yang korang kena try kalau datang sini ialah Signature Grilled Chicken sebab ayam dia sangat sedap dan digabungkan dengan homemade sos yang chef diorang buat tu, pergh memang terbaik.
Lokasi: 162,1st floor, Jalan Lagenda 6, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 12 AM – 12 PM

5. AT Satay Semeling

Sumber: @amnisalsabila
Zaman sekarang satey kalau harga 60 sen tu dah dikira murah kan? Tapi kat AT Satay Semeling ni, korang boleh dapat sate dengan harga 45 sen secucuk! Ya, korang boleh dapat makan sate ayam dan sate daging dengan harga macam tu tau kat Semeling ni. Selain sate ayam dan daging, korang boleh jugak makan sate kambing,  perut dan rusa. Harga bagi sate kambing dan perut hanya 70 sen secucuk dan RM 1.20 untuk sate rusa. Memang berbaloi-baloi kalau bawak family makan kat sini. Kalau makan sate, kuah kacang memang elemen penting untuk rasa sate dan kuah kacang kat AT Satay ni memang sedap dan lain dari kuah kacang di restoran sate yang lain. Selain sate, AT Satay jugak menjual ayam percik dengan harga RM3 sahaja! Portion ayam yang besar digandingkan dengan sos sambal yang sedikit manis dan pedas pastinya memenuhi citarasa korang!
Lokasi: 56, 57, Jalan Raya Semeling, Kampung Mata Hari Naik, 08100 Bedong, Kedah
Waktu Operasi: 3 PM – 12 AM

6. Kedai Makan Kampung, Kampung Bakar Bata

Sumber: @rashidahahmad
Bagi pencinta makan kampung, ini adalah satu destinasi yang korang boleh kunjungi untu menikmati ultimate satisfaction. Lauk-pauk kat sini memang sangat banyak sampai korang confius nak pilih yang mana. Itu baru cakap pasal lauk, belum lagi cakap pasal ulam-ulaman dan aneka kerabu yang ada kat kedai ni. Kalau kita bawak mak-mak datang kat sini, memang senyum sampai telinga la diorang. Kedai ni juga terkenal dengan aneka ikan bakar, daging bakar dan juga kambing bakar. Memang ngam la kalau cicah dengan air asam dan makan dengan nasi putih. Selain makanan yang sedap, harga makanan disini juga dikatakan sangat berpatutan.
Lokasi: 300, Lorong Baiduri 7/2, Taman Delima, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 10 AM – 9.30 PM

7. Cendol Pak Nik

Sumber: @jannahkissmi
Bayangkan tengah jalan panas-panas, lepastu dapat semangkuk cendol yang sejuk dan berlemak manis. Fuh! Mesti hilang panas lepastu nyaman je rasa tekak tu. Terdapat beberapa pilihan cendol yang korang boleh cuba kat sini, antaranya cendol biasa, kacang, jagung, pulut dan special. Apa yang membuatkan cendol ni lebih sedap ialah ais yang digunakan ialah ais yang digunakan dimesin macam ABC instead of ais ketul. Selain cendol, korang juga boleh cuba variasi makanan kat sini seperti laksa, bihun sup dan kuey teow goreng yang tak kurang sedapnya. Memang perfect bila dapat makan cendol dengan laksa atau bihun sup! Dah siap makan tu jangan lupa order sengkuang calit pulak. Sengkuang calit ni memang famous kat waktu dulu-dulu dan agak susah nak jumpa dah sekarang. So jangan lepaskan peluang untuk rasa sengkuang calit kat sini.
Lokasi: Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 11 AM – 7 PM, Tutup: Isnin

8. MakTok Ikan Bakar

Sumber: @Maktok Ikan Bakar SP
Mencari kedai di Sungai Petani yang terlajak sedap? Jangan risau sebab kat Sungai Petani ni ada kedai MakTok Ikan Bakar yang jual makanan kampung dan lauk-lauk bakar yang paling piaww di Sungai Petani. So kalau korang mencari sarapan berat atau makan tengahari yang sedap dan berbaloi, disinilah tempatnya. Kat sini macam-macam lauk ada. Gulai ikan kering, gulai nangka, gulai batang pisang, daging bakar, keli bakar, kambing bakar semua ada. Kalau tengok review MakTok ikan bakar ni semuanya puas hati belaka sebab makanan kat sini semua sedap. Jadi kalau datang Sungai Petani, jangan rugikan diri tak cuba makanan kat sini.
Lokasi: Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 9 AM – 3 PM, Tutup: Isnin-Selasa

9. Bihun Sup Puaka

Sumber: @hafizzulkeflli
Dah kenapa berpuaka pulak  bihun sup ni? Kedai bihun sup puaka ni biasa saja di tepi jalan tetapi kedai ini sangat popular kerana menyajikan menu yang semuanya puaka-puaka belaka.  Dari menu makanan hingga ke minuman semuanya diletakkan puaka. Signature dish dikedai ini ialah bihun supnya dan nama puasa tu terhasil dari kuah bihun sup yang penuh rempah, rasa yang sedap lagi lazat dan kepedasan bihun sup tu sendiri. Isi bihun sup puaka ni banyak, siap ada tulang, isi, paru, dan limpa yang dipotong halus sebagai topping dalam sup ini. Dah makan bihun sup puaka, minum pulak air jagung puaka memang ngam la. Air jagung yang pekat dan manis ditambah pula dengan kebesaran gelas tu memang sesuai la nama puaka tu. Jadi kalau korang suka makan bihun sup dan makanan pedas, kedai ni memang sesuai untuk korang.
Lokasi: Bihun Sup Puaka Merbok, 08400 Merbok, Kedah
Waktu Operasi: 2 PM – 10 PM, Tutup:Rabu

10. Restoran Hotmas

Sumber: @chefzamriamari_herooven_tv3
Bagi penduduk Sungai Petani, mesti dah tahu Restoran Hotmas ni. Restoran ni selalu full house tau dan sangat dikenali dengan portion makanan yang banyak pada harga yang berpatutan. Restoran ni menyajikan macam-macam makanan dari makanan bergoreng, aneka masakan mee dan juga western food. Lauk didalam masakan sangat banyak dan masakannya juga sangat sedap. Bagi yang sukakan kambing, anda boleh cuba lamb grill mereka yang superb dengan kuah blackpepper yang pekat dan sangat sedap. Mee bandung disini juga antara makanan yang menjadi pilihan pengunjung. Jadi kalau korang anda citarasa yang berbeza, bolehlah datang ke Restoran Hotmas sebab semua makanan memang sedap giler dan korang takkan kecewa kalau makan disini.
Lokasi: 26&27, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 5 PM – 12 PM, Tutup: Rabu

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 15 lokasi disekitar Kedah khususnya Alor Star dan Sungai Petani sebagai rujukan anda untuk menjamu selera. Pastikan anda berkunjung ke lokasi-lokasi yang telah disenarai untuk menikmati makanan-makanan sedap yang pasti memuaskan hati anda.

sumber : foodie.my

2 comments:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...