Friday 26 April 2019

15 Makanan Sedap Kedah 2019

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menjadi destinasi bagi mengisi perut anda. Confirm semuanya sedap giler!

Alor Star

1.Kuey Teow Iman

Sumber: @vitdaily.co
Bagi yang suka makan kuey teow, ini lokasi wajib terjah untuk korang. Kalau orang Kedah yang merantau pun, balik Kedah mesti cari Kuey Teow Iman ni.  Kalau dah nama kedai pun Kuey Teow Iman, mestilah diorang ni specialist dalam masakan kuey teow. Kat sini korang boleh request sama ada nak char kuey teow atau kuey teow goreng. Untuk pengetahuan korang, char kuey teow ialah kuey teow yang digoreng basah dan sedikit berair tapi kuey teow goreng pulak sedikit kering. Selain kuey teow, korang jugak boleh cuba makanan lain seperti nasi ayam, makanan bergoreng, satay dan western food. Chicken Chop disini juga dikatakan antara yang sedap dan murah di Kedah.
Lokasi: Iman Koeyteow, Sultanah Bahiyah Highway, Taman Pandan, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 7 PM – 1 AM

2. Awi Pulut

Sumber: @noorinora
Awi Pulut ialah antara kedai yang popular kerana menyajikan pulut sebagai sajian utama mereka. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis lauk untuk dimakan bersama pulut tersebut. Terdapat 9 pilihan bagi pulut dan yang menjadi pilihan pastilah pulut durian dan pulut mangga. Korang juga boleh order pulut kahwin dimana mangga dan durian digabungkan menghasilkan gabungan yang mantap! Selain itu, kedai ini turut menawarkan pulut ikan masin yang sangat famous di Kedah. Bagi yang pertama kali berkunjung ke Awi Pulut, jangan lepaskan peluang untuk try signature pulut diorang. Selain pulut, korang juga boleh cuba nasi dengan variasi pilihan lauk seperti ayam berempah, ayam percik, gulai ayam dan gulai daging.
Lokasi: Awi Pulut Durian, Jalan Sehala, Taman Kolej, 05300 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 8.30 AM – 6.30 PM, Tutup: Jumaat

3. Laksa Ikan Sekoq

Sumber: @zhuse
Laksa utara adalah satu menu yang sangat terkenal bukan sahaja di utara tetapi juga di seluruh Malaysia. Kalau korang datang ke Kedah, Laksa Ikan Sekoq pastinya antara lokasi yang korang boleh cuba untuk merasai keaslian laksa utara. Uniknya Laksa Ikan Sekoq ialah seekor ikan kembung diletakkan diatas laksa selain sayuran dan telur rebus. Kalau makan disini, korang boleh tambah laksa sehingga kenyang dan bayaran yang dikenakan hanyalah untuk sepinggan laksa. So semua hantu laksa, take note dan masukkan tempat ini sebagai bucket list korang!
Lokasi: Laksa Ikan Sekoq, 255, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah
aktu Operasi: 11.30 AM – 7.30 PM

4. Apam Lenggang Pasar Kampung Berjaya

Sumber: @Nasyha Rusli
Bagi anda yang mencari sarapan pagi yang ringgan, ini adalah destinasi terbaik untuk anda kunjungi. Kalau korang berkunjung kesini, korang boleh memilih sama ada apam lenggang yang kosong atau apam lenggang yang dicampur telur. Rasa apam lenggang disini masih sama seperti dahulu menjadikan ramai pelanggan tetap berkunjung kesini demi menikmati apam lenggang. Kunci kepada kesedapan apam lenggang apam lenggang yang garing dan rangup tetapi lembut dibahagian dalam.
Lokasi: Apom Lenggang Pasar Kampung Berjaya, 1022, Kampung Berjaya, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 7 AM – 12 PM

5. Nasi Lemak Royale

Sumber: @nasilemakroyaleteamkedah
Kalau di Penang orang beratur untuk nasi kandar, di Kedah pulak orang beratur untuk nasi lemak! Nasi Lemak Royale bukan nama asing lagi bagi orang Kedah. Nasi lemak yang diusahakan oleh India-Muslim ni menjadi menu wajib kalau korang turun Kedah.
Apa yang membuatkan nasi lemak ni special ialah kuah kari yang sedap giler. Korang jugak boleh pilih pelbagai lauk antaranya ayam goreng, paru, udang dan sebagainya. Nasi Lemak Royale juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Kedah iaitu Istana Anak Bukit dan Kompleks Hijau Kuning. Selain Kedah, mereka juga telah melebarkan sayap ke Kuala Lumpur! jadi bagi anda yang tak berkesempatan untuk merasainya di Kedah, anda boleh juga berkunjung ke cawangan di Kuala Lumpur.
Lokasi 1: Restoran SMR Nasi Lemak Royale, 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi 1: 7 AM – 2.30 AM
Lokasi 2: Nasi Lemak Royale Original, Jalan Kompleks Hijau Kuning, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi 2: 6 AM – 5 PM

Sungai Petani

1. Restoran Mae Salon

Sumber: @evendra_r_subra
Kalau korang pertama kali datang ke sini, confirm korang akan terpegun tengok restoran yang berkonsep rumah kelong ni. Rumah Kelong ialah rumah yang dikelilingi air dan biasanya boleh dilihat dilaut. Restoran Mae Salon ialah thai restoran dan pastinya tomyam merupakan hidangan utama mereka. Selain itu, mereka juga terkenal dengan kari ayam hijau, siput lala steam dan banyak lagi. Lokasi Restoran Mae Salon ni berdekatan Hotel Park Avenue so senang je kalau korang nak cari.
Lokasi: 199-F, Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Bakar Bata, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 11 AM – 3 PM, 6 PM – 11 PM

2. Chennai Curry House

Sumber: @wilsonwaysen_93
Chennai ialah sebuah bandar yang terletak di kawasan timur India. Kaki Bollywood mesti dah terbayang-bayang scene dalam Chennai Express dimana si heroin tengah bagitau si SRK yang dia kena kidnap sambil menyanyi. Jadi, dengar saja nama kedai ini mesti korang dah boleh agak makanan apa yang dijual disini. Ya, makanan kat sini semua India mari. Kedai ni juga menyajikan makanan untuk Vegetarian so everyone can dine-in together! Signature dish kat sini ialah Banana Leaf Set dan juga briyani dia. Jadi kalau korang craving makanan India, this is for you.
Lokasi: 137, Jalan Lagenda 5, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 8 AM – 10.30 PM

3. Warung Simpor Utara

Sumber: @usezairina
Kedah memang terkenal dengan gelaran Negeri Jelapang Padi kerana mereka ialah negeri terbesar di Malaysia yang menghasilkan padi. Jadi, kalau korang ingin menikmati permandangan padi yang cantik dan instagramable, korang boleh datang ke Warung Simpor Utara sebab kedai ni betul-betul disebelah jelapang padi. Antara menu yang korang boleh cuba di Warung Simpor Utara ni ialah Bihun sup daging, Laksa utara, dan juga ABC. Kalau korang geng yang suka makan gearbox, disinilah tempat yang korang kena terjah. Harga yang ditawarkan disini juga sangat murah dan pasti korang teruja untuk cuba semua makanan kat sini. Sup kat sini memang sedap giler uols! No wonder la warung ni pernah viral dulu.
Lokasi: Warung Simpor Utara, Kampung Simpor Besar, Tikam Batu, Kedah
Waktu Operasi: 2 PM – 8 PM

4. Wonderful Pallet Cafe

Sumber: @zach_chew
Pallet cafe ialah sebuah cafe yang berkonsep hipster dan modern. Hiasan kat Cafe ni menggunakan kayu pallet dan sedikit sentuhan artistik menjadikan cafe ni instagramable. Jadi kalau korang nak rasa makanan yang sedap dan suasana yang best, korang bolehlah cuba Wonderful Pallet Cafe ni. Pallet Cafe ni menyajikan makanan western dan apa yang korang kena try kalau datang sini ialah Signature Grilled Chicken sebab ayam dia sangat sedap dan digabungkan dengan homemade sos yang chef diorang buat tu, pergh memang terbaik.
Lokasi: 162,1st floor, Jalan Lagenda 6, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 12 AM – 12 PM

5. AT Satay Semeling

Sumber: @amnisalsabila
Zaman sekarang satey kalau harga 60 sen tu dah dikira murah kan? Tapi kat AT Satay Semeling ni, korang boleh dapat sate dengan harga 45 sen secucuk! Ya, korang boleh dapat makan sate ayam dan sate daging dengan harga macam tu tau kat Semeling ni. Selain sate ayam dan daging, korang boleh jugak makan sate kambing,  perut dan rusa. Harga bagi sate kambing dan perut hanya 70 sen secucuk dan RM 1.20 untuk sate rusa. Memang berbaloi-baloi kalau bawak family makan kat sini. Kalau makan sate, kuah kacang memang elemen penting untuk rasa sate dan kuah kacang kat AT Satay ni memang sedap dan lain dari kuah kacang di restoran sate yang lain. Selain sate, AT Satay jugak menjual ayam percik dengan harga RM3 sahaja! Portion ayam yang besar digandingkan dengan sos sambal yang sedikit manis dan pedas pastinya memenuhi citarasa korang!
Lokasi: 56, 57, Jalan Raya Semeling, Kampung Mata Hari Naik, 08100 Bedong, Kedah
Waktu Operasi: 3 PM – 12 AM

6. Kedai Makan Kampung, Kampung Bakar Bata

Sumber: @rashidahahmad
Bagi pencinta makan kampung, ini adalah satu destinasi yang korang boleh kunjungi untu menikmati ultimate satisfaction. Lauk-pauk kat sini memang sangat banyak sampai korang confius nak pilih yang mana. Itu baru cakap pasal lauk, belum lagi cakap pasal ulam-ulaman dan aneka kerabu yang ada kat kedai ni. Kalau kita bawak mak-mak datang kat sini, memang senyum sampai telinga la diorang. Kedai ni juga terkenal dengan aneka ikan bakar, daging bakar dan juga kambing bakar. Memang ngam la kalau cicah dengan air asam dan makan dengan nasi putih. Selain makanan yang sedap, harga makanan disini juga dikatakan sangat berpatutan.
Lokasi: 300, Lorong Baiduri 7/2, Taman Delima, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 10 AM – 9.30 PM

7. Cendol Pak Nik

Sumber: @jannahkissmi
Bayangkan tengah jalan panas-panas, lepastu dapat semangkuk cendol yang sejuk dan berlemak manis. Fuh! Mesti hilang panas lepastu nyaman je rasa tekak tu. Terdapat beberapa pilihan cendol yang korang boleh cuba kat sini, antaranya cendol biasa, kacang, jagung, pulut dan special. Apa yang membuatkan cendol ni lebih sedap ialah ais yang digunakan ialah ais yang digunakan dimesin macam ABC instead of ais ketul. Selain cendol, korang juga boleh cuba variasi makanan kat sini seperti laksa, bihun sup dan kuey teow goreng yang tak kurang sedapnya. Memang perfect bila dapat makan cendol dengan laksa atau bihun sup! Dah siap makan tu jangan lupa order sengkuang calit pulak. Sengkuang calit ni memang famous kat waktu dulu-dulu dan agak susah nak jumpa dah sekarang. So jangan lepaskan peluang untuk rasa sengkuang calit kat sini.
Lokasi: Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 11 AM – 7 PM, Tutup: Isnin

8. MakTok Ikan Bakar

Sumber: @Maktok Ikan Bakar SP
Mencari kedai di Sungai Petani yang terlajak sedap? Jangan risau sebab kat Sungai Petani ni ada kedai MakTok Ikan Bakar yang jual makanan kampung dan lauk-lauk bakar yang paling piaww di Sungai Petani. So kalau korang mencari sarapan berat atau makan tengahari yang sedap dan berbaloi, disinilah tempatnya. Kat sini macam-macam lauk ada. Gulai ikan kering, gulai nangka, gulai batang pisang, daging bakar, keli bakar, kambing bakar semua ada. Kalau tengok review MakTok ikan bakar ni semuanya puas hati belaka sebab makanan kat sini semua sedap. Jadi kalau datang Sungai Petani, jangan rugikan diri tak cuba makanan kat sini.
Lokasi: Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 9 AM – 3 PM, Tutup: Isnin-Selasa

9. Bihun Sup Puaka

Sumber: @hafizzulkeflli
Dah kenapa berpuaka pulak  bihun sup ni? Kedai bihun sup puaka ni biasa saja di tepi jalan tetapi kedai ini sangat popular kerana menyajikan menu yang semuanya puaka-puaka belaka.  Dari menu makanan hingga ke minuman semuanya diletakkan puaka. Signature dish dikedai ini ialah bihun supnya dan nama puasa tu terhasil dari kuah bihun sup yang penuh rempah, rasa yang sedap lagi lazat dan kepedasan bihun sup tu sendiri. Isi bihun sup puaka ni banyak, siap ada tulang, isi, paru, dan limpa yang dipotong halus sebagai topping dalam sup ini. Dah makan bihun sup puaka, minum pulak air jagung puaka memang ngam la. Air jagung yang pekat dan manis ditambah pula dengan kebesaran gelas tu memang sesuai la nama puaka tu. Jadi kalau korang suka makan bihun sup dan makanan pedas, kedai ni memang sesuai untuk korang.
Lokasi: Bihun Sup Puaka Merbok, 08400 Merbok, Kedah
Waktu Operasi: 2 PM – 10 PM, Tutup:Rabu

10. Restoran Hotmas

Sumber: @chefzamriamari_herooven_tv3
Bagi penduduk Sungai Petani, mesti dah tahu Restoran Hotmas ni. Restoran ni selalu full house tau dan sangat dikenali dengan portion makanan yang banyak pada harga yang berpatutan. Restoran ni menyajikan macam-macam makanan dari makanan bergoreng, aneka masakan mee dan juga western food. Lauk didalam masakan sangat banyak dan masakannya juga sangat sedap. Bagi yang sukakan kambing, anda boleh cuba lamb grill mereka yang superb dengan kuah blackpepper yang pekat dan sangat sedap. Mee bandung disini juga antara makanan yang menjadi pilihan pengunjung. Jadi kalau korang anda citarasa yang berbeza, bolehlah datang ke Restoran Hotmas sebab semua makanan memang sedap giler dan korang takkan kecewa kalau makan disini.
Lokasi: 26&27, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 5 PM – 12 PM, Tutup: Rabu

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 15 lokasi disekitar Kedah khususnya Alor Star dan Sungai Petani sebagai rujukan anda untuk menjamu selera. Pastikan anda berkunjung ke lokasi-lokasi yang telah disenarai untuk menikmati makanan-makanan sedap yang pasti memuaskan hati anda.

sumber : foodie.my

Tuesday 19 March 2019

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kereta Diesel

Teknologi diesel sentiasa bertambah baik, syarikat kereta namun beberapa Kerajaan telah memberi tekanan terlalu banyak untuk pengeluaran yang lebih rendah dan langkah ini telah ‘memaksa’ syarikat-syarikat kereta menolak sempadan teknologi sebelum mereka bersedia untuk melancarkan pasaran untuk kemasukkan jualan. Pengeluar kereta seperti Volkswagen sudah mempunyai enjin yang terbaik dan pengeluaran yang rendah dengan ekonomi bahan api yang sangat baik, tetapi dengan tegas undang-undang kerajaan tempatan menolak mereka keras, tangan mereka telah dipaksa untuk melakukan apa yang mereka lakukan. Kita harus melihat gambaran yang lebih besar. Pengeluar kereta America tidak mempunyai kereta dengan kuasa diesel. Volkswagen dan kumpulan mereka, Audi, Porsche dan Skoda menerajui dalam bidang ini (enjin diesel) dan mereka pasti akan menjual lebih banyak kereta dan meninggalkan pengeluar kereta Amerika. 



Jika anda ingin membeli sebuah kereta diesel baru, sila bandingkan kebaikan dan keburukan kenderaan berkuasa diesel yang kami sediakan di sini. Pertimbangkan fakta-fakta untuk membantu anda memilih antara enjin berkuasa diesel atau petrol:

PRO: Diesels mendapat pulangan kilometer yang besar. Mereka biasanya memberikan penjimatan bahan api 25 hingga 30% lebih baik daripada enjin petrol sama dan kira-kira 15 hingga 25% lebih baik daripada kereta berkuasa hibrid (mempertimbangkan jenis hibrid di pasaran hari ini).

CON: Bahan api diesel digunakan untuk trak komersil, rumah dan penjana industri, dan minyak bahan pemanas, supaya permintaan bagi kenderaan penumpang diesel tumbuh, harga bahan api diesel mungkin terus meningkat setanding dengan harga petrol kerana persaingan dari pengguna lain.



PRO: Bahan api diesel adalah bahan api yang tebal yang lebih berkesan tenaga yang ada hari ini. Kerana ia mengandungi tenaga yang lebih mudah untuk digunakan daripada petrol, ia memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

CON: Walaupun bahan api diesel dianggap lebih sesuai digunakan kerana ia menukarkan haba kepada tenaga bukannya menghantar haba keluar paip ekzos seperti kenderaan petrol tetapi kerana asap hitam diesel yang terhasil dari pemancar tailpipe dan bau busuk menolak kelebihan diesel dari petrol ini.



PRO: Diesels tidak mempunyai spark plugs atau distributors. Oleh itu, mereka tidak perlu ignition tune-up.

CON: Diesels masih memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk memastikan mereka berjalan. Anda perlu menukar minyak dan penapis udara, minyak, dan bahan api. Bahan api diesel yang lebih bersih tidak lagi memerlukan anda untuk bleed air yang berlebihan keluar dari sistem, tetapi banyak kenderaan masih mempunyai pemisah air yang perlu dikosongkan secara manual.




PRO: Enjin diesel yang dibina lebih rugged untuk menghadapi ketidaktentuan mampatan yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka biasanya tahan lebih lama daripada kenderaan berkuasa petrol sebelum mereka memerlukan pembaikan besar. Mercedes-Benz memegang rekod umur panjang dengan beberapa kenderaan catatan masa lebih daripada 900,000 batu pada enjin asal mereka! Anda mungkin tidak mahu untuk menggantung ke kenderaan yang sama untuk 900,000 batu, tetapi usia yang panjang dan boleh dipercayai seperti itu pasti boleh membantu dengan nilai tukar beli dan dijual semula.

CON: Jika anda mengabaikan penyelenggaraan dan sistem suntikan bahan api rosak, anda mungkin perlu membayar mekanik diesel lebih banyak wang kerana enjin diesel yang lebih maju dari segi teknologi. Pam diesel perlu servis biasa bergantung kepada kualiti diesel yang digunakan untuk menjalankan kenderaan setiap hari.



PRO: Kerana cara ia membakar bahan api, enjin diesel menyediakan lebih tork kepada driveshaft berbanding enjin petrol. Akibatnya, kereta penumpang diesel paling moden lebih cepat daripada permulaan berdiri daripada rakan-rakan berkuasa petrol mereka. Apa lagi, trak, SUV, dan kereta diesel juga boleh menunda lebih kenderaan berkuasa petrol ketika masih menyampaikan ekonomi bahan api yang lebih baik.

-Sumber Goshed Gostan

GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.


Alor Setar, 06200 Kedah

Monday 18 March 2019

Cara Betul Untuk Selamatkan Diri Apabila Kereta Terhumban Masuk Ke Dalam Air



Baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan berita kemalangan jalan raya sebuah kereta jenis SUV Mazda CX5 yang terbabas lalu terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat, kereta berjaya dinaikkan semula dengan bantuan kren dan mangsa didapati telah meninggal dunia akibat terperangkap di tempat duduk pemandu.

Cuba letakkan diri anda dalam situasi ini dimana anda terperangkap di dalam kereta yang akan tenggelam ke dalam laut. Adakah anda tahu teknik untuk menyelamatkan diri dalam tempoh beberapa saat sahaja? Bagi anda yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jom pelajari panduan untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap di dalam kereta.

CARA NAK SELAMATKAN DIRI APABILA KERETA TEJUNAM KE DALAM AIR

1. CUBA UNTUK JANGAN PANIK

Terdapat 2 aspek penting dalam situasi ini iaitu waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian. Untuk pengetahuan anda, sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan segera, jadi ada peluang untuk anda selamatkan diri.

2. JANGAN BUKA PINTU


Jangan samakan situasi menyelamatkan diri sama seperti anda di darat. Kalau kat darat boleh buka pintu, tapi kalau kereta berada pada dalam separa air, jangan sesekali buka! Ini kerana, tindakan membuka pintu kereta akan menyebabkan tekanan air yang kuat sekaligus menyukarkan usaha anda untuk menyelamatkan diri.

Selain itu, tindakan membuka pintu juga akan menyebabkan lebih banyak air akan masukdan akhirnya kereta anda akan tenggelam dengan lebih cepat!

3. TURUNKAN CERMIN TINGKAP KERETA


Apa yang perlu anda lakukan adalah tindakan pantas menurunkan cermin tingkaptanggalkan tali pinggang keleder dan pantas berenang keluar. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk bertindak, tekanan air akan menekan cermin tingkap sekaligus menyebabkan cermin tidak boleh digerakkan langsung!

4. JIKA CERMIN TINGKAP KERETA TAK BERFUNGSI, PECAHKAN!


Sekiranya cermin tingkap tidak berfungsi, anda perlu pecahkan cermin tersebut. Jangan sesekali cuba untuk pecahkan cermin di hadapan kereta kerana ia telah ‘dicipta’ untuk melawan impak kuat. Pecahkanlah cermin tepi anda.


Gunakan kaki untuk menendang pada bahagian atas tingkap, atau anda boleh tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk dan ‘cucuk’ di bahagian bawah tingkap. Selepas berjaya pecahkan tingkap, secepatnya tarik nafas dan berenang menerusinya untuk ke permukaan air.

5. GUNA ALAT KHAS


Anda juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkap kereta. Alat ini boleh disimpan di dalam peti simpanan kereta atau dilekatkan bersama loket gantungan kunci kereta anda.

Sekiranya kereta anda terbalik dan tali pinggang keleder kereta menyekat anda daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.

Sunday 17 March 2019

Lakukan 10 Tips Ini Jika Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown'


SEDANG seronok memandu dan menyanyi mengikut alunan lagu penyanyi kegemaran di radio, hidung terhidu bau hangit memasuki ruang kabin. Lebih panik, kelajuan kereta pula mula perlahan secara drastik dan akhirnya berhenti begitu saja. Kereta tiba-tiba 'breakdown'!
Peluh mula menitik di dahi dan membasahi badan. Siang mula hampir berganti malam. Aduh, apa nak buat ni? Macam-macam perasaan ada. Stres, takut, risau, dan panik, semua bercampur dalam satu perasaan yang tidak keruan.
Sekarang, tarik nafas. Bawa bertenang, kami akan beritahu 10 tip yang perlu anda lakukan jika kereta tiba-tiba rosak ketika memandu:

1. JAGA PENYENGGARAAN KERETA

senggara-kereta
Ini bukan apa yang anda perlu buat ketika kereta sudah rosak. Ini cuma nasihat awal, iaitu tolong pastikan kereta anda disenggara berkala mengikut jadual dan tempoh servis ditetapkan. Walaupun sudah diservis, sebelum bergerak (terutama perjalanan jauh), sila pastikan penyejuk (coolant) dan bendalir pencuci (washer) mencukupi atau tambah apabila kurang. Mana tahu ada kebocoran.
Isian minyak enjin pula mesti berada pada paras maksimum, manakala kondisi tayar perlu selamat dengan mengepam angin pada tekanan ideal.

2. PAKAI JAKET KESELAMATAN

jaket-pemantul-cahaya
Seeloknya anda menyimpan jaket keselamatan dengan reflektor, termasuk baju hujan dalam kereta. Dua benda ini bukanlah berharga mahal, tetapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan. Jaket reflektor dipakai supaya kelibat anda dapat dilihat pengguna jalan raya lain, terutama malam atau cuaca gelap. Baju hujan pula berguna apabila kereta rosak ketika hujan. Jadi, tidak perlu lagi basah kuyup dan menggigil kesejukan, terutama apabila kerosakan disebabkan tayar pancit yang memerlukan anda menukar tayar kereta sendiri.

3. CAS TELEFON BIMBIT

caj-telefon-bimbit
Telefon bimbit yang dicas penuh amat bermakna kerana anda boleh membuat panggilan kecemasan dengan memberitahu seseorang mengenai lokasi terkini anda. Sila bersiap sedia dengan pengecas kereta atau pengecas bateri mudah alih atau powerbank.

4. NYALAKAN LAMPU AMARAN BAHAYA

lampu-amaran-bahaya
Jika perasan kelajuan kereta anda mula perlahan secara tiba-tiba, segera aktifkan lampu amaran bahaya sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain. Biarkan menyala walaupun kereta sudah berhenti atau diparkir tepi jalan.

5. TOLAK KERETA JIKA MAMPU


Jika kereta terkandas di tengah jalan, cuba tolak ke tepi jalan. Itupun jika anda mampu melakukannya. Tolak menggunakan bahu kiri sambil tangan kiri mengawal stereng. Jika tidak mampu, cepat lambaikan tangan minta bantuan. Jangan risau, kebiasaannya, ada ramai penunggang motosikal baik hati yang akan cuba membantu anda.

6. BERHENTI DEKAT TELEFON KECEMASAN

telefon-kecemasan
Di lebuh raya, jika anda rasa kereta anda memberikan tanda-tanda awal akan mula rosak dan berhenti bila-bila masa, segera cari dan berhenti berhampiran telefon kecemasan (berwarna oren). Boleh saja guna telefon bimbit sendiri. Tetapi telefon kecemasan yang disediakan pihak lebuh raya boleh menghubungkan anda terus kepada operator yang tahu apa perlu anda buat, termasuk mengesan lokasi anda berdasarkan identiti telefon.

7. KELUAR IKUT PINTU KIRI

keluar-kereta
Jika anda pemandu, sila keluar dari kereta anda menerusi pintu penumpang depan, atau sebelah kiri. Ini kerana laluan kanan terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Cuba berdiri jauh dari kereta bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk

8. DUDUK DALAM KERETA

duduk-dalam-kereta
Jika rasa terancam, terutama jika kereta rosak di kawasan pedalaman, atau hutan, atau jalan raya yang kurang pengguna jalan raya, anda boleh duduk sahaja di dalam kereta dan kuncikan pintu. Jangan lupa dail 999 untuk minta bantuan.

9. PASANG PEMANTUL SEGITIGA

reflektor-segitiga
Buka but kereta dan cari segitiga amaran. Pasangkan pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta anda, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Ini ialah langkah awal mencegah kereta anda dirempuh dari belakang.

10. TELEFON TRAK TUNDA

tunda-kereta
Tahukah anda, ada dua pihak yang menawarkan khidmat tunda percuma jika kereta anda rosak? Pertama, pihak pengeluar, tetapi tundaan percuma itu terhad ke mana-mana pusat servis terdekat. Kedua, syarikat insurans. Cara ini lebih fleksibel kerana anda diberikan khidmat tunda percuma dalam jarak 60km atau lebih (berbeza mengikut polisi) dan boleh memilih sama ada menghantar ke pusat servis yang menjadi panel syarikat insurans atau bengkel pilihan sendiri.
Jadi, tidak perlu tergesa-gesa apabila dihurung abang-abang kereta tunda yang mendesak anda supaya segera menunda kereta. Bawa bertenang!
GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Alor Setar, 06200 Kedah

Saturday 16 March 2019

Masjid Di Sekitar Vietnam

Islam di Vietnam merupakan agama utama untuk Masyarakat Cham, iaitu kelompok etnik minoritas yang berkaitan dengan Melayu; namun, kira-kira sepertiga dari umat Islam di Vietnam adalah dari kelompok etnik lain. Ada juga masyarakat yang menggambarkan diri mereka sendiri dari campuran etnik (Cham, Khmer, Melayu, Minang, Vietnam, Cina, dan Arab), penduduk Islam juga dikenal sebagai Cham, atau Muslim Cham, di sekitar wilayah Châu Đốc di barat Daya. 

Kehidupan warga Muslim di Vietnam


Puluhan orang perempuan dari etnis Cham tengah sibuk berbelanja di pasar kaget di wilayah Da Phouc, Provinsi An Giang, Vietnam untuk persiapan buka puasa. Suasananya lebih tampak seperti di Indonesia ketimbang di Vietnam, lantaran para perempuan tersebut hampir semuanya mengenakan baju gamis dan berkerudung. Sementara beberapa lelaki terlihat menggunakan sarung dan peci terlihat tengah duduk di depan masjid Al Ehsan di Da Phouc, dekat kota Chau Doc di Provinsi An Giang. Ketika adzan yang menandakan salat ashar berkumandang dari masjid Al Ehsan tampak puluhan lelaki menghentikan pekerjaan mereka dan beranjak ke dalam masjid. Di Provinsi An Giang, ada lima desa yang dihuni oleh etnis Cham, tetapi hanya satu desa di sekitar Masjid Al Ehsan, Da Phouc, An Phu yang seluruh penghuninya beragama Islam. “Ada sekitar 600 kepala keluarga atau 2.000 orang di sini dan semua penghuninya adalah etnis Cham,” jelas Imam masjid Al Ehsan, Ibrahim Sulaiman . Dulu etnis Cham menganut Hindu, yang merupakan mayoritas penduduk di Kerajaan Champa, yang menguasai wilayah selatan dan tengah Vietnam. Tetapi kemudian secara bertahap mereka berpindah menganut Islam.
Kota di VIetnam

Di kota Hanoi, Ibukota Vietnam bersatu paska perang antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan di era 1970-an, berdiri kokoh sebuah bangunan masjid tua bernama Masjid Al-Noor atau lebih dikenal dengan nama Masjid Hanoi / Hanoi Masjid / Hanoi Mosque, ber-alamat di 12 Hang Luoc Street, Hoan Kiem, HanoiVietnam. Masjid yang berdiri di kawasan old French Quarter of Hanoicity ini, tak jauh dari Galaxy Hotel dan Dong Xuan market.

Merujuk kepada Islamicfinder, Masjid Al-Nour merupakan satu satunya masjid di kota Hanoi. Sebagai masjid satu satunya, masjid Al-Noor menjadi sentral syiar Islam di kota Hanoi. Jemaah masjid ini campur baur dari berbagai kalangan termasuk muslim ekspatriat, pegawai kantor kedutaan dan perwakilan Negara sahabat, termasuk Indonesia. Masjid Al-Noor Hanoi di bangun oleh para pedagang dari anak benua India yang berasal dari Bombai, Karachi (Pakistan), dan Kalkuta di sekitar tahun 1930-an.

Lokasi Masjid Al-Noor, Hanoi


Al – Noor Masjid Mosque Hanoi
Address: 12 Hang Luoc Street
Hoan Kiem Dist, HanoiVietnam
Imam : Mieu Abbass: +84 168 282 7822 mieuabbas@gmail.com
Imam : Abdul Salam: +84 913 71 5046 abdulsalam1_us@yahoo.com

Islam in Vietnam

Sejarah Islam di Vietnam tak bisa dilepaskan dari Sejarah Kerajaan Islam Campa yang pernah Eksis di Vietnam. Islam telah datang ke negeri Campasejak masa Khalifah Usman Bin Affan berkuasa di Madinah, kala itu beliau mengirimkan utusannya ke Campa (kini Vietnam) dan Dinasti Tang di Cina tahun 650.

Namun melihat kondisi muslim di Vietnam saat ini, siapapun akan sangat sulit untuk percaya bahwa negara ini jauh sebelum menjadi negara yang kini kita kenal sebagai Vietnam merupakan sebuah negara Islam bernama Campayang pengaruhanya begitu kental dengan sejarah Islam di Indonesia.

Migrasi besar besaran terahir muslim Vietnam ke berbagai negara terjadi tahun 1976 seiring dengan terbentuknya negara Republik Sosialis Vietnampaska perang Vietnam yang menyatukan Vietnam utara dan selatan, dan negara baru tersebut beraliran komunis menciptakan atmosfir yang tidak kondusif bagi kehidupan Islam disana. Sekitar 55,000 Muslim Campa hijrah ke Malaysia. 1,750 lainnya ke Yaman, sebagian besar menetap di Taiz. 

Demografi

Merujuk kepada hasil sensus penduduk bulan April tahun 1999, data pemeluk agama di Vietnam memang cukup mencengangkan, 80.8% penduduk Vietnamtidak beragama, pemeluk agama Budha yang paling tinggi hanya 9.3%, disusul Katholik 6.7%, Hoa Hao 1.5%, Cao Dai 1.1%, Protestan 0.5%, dan Islam yang paling sedikit, hanya 0.1% dari total penduduk Vietnam atau sejumlah 63,146 jiwa.

Dari 63,146 jiwa muslim Vietnam tersebut lebih dari 77% tinggal di wilayah selatan, 34% di Propinsi Ninh Thuan, 24% di Propinsi Binh Thuan, dan 9% di Ho Chi Minh City; sedangkan 22% lainnya tinggal di kawasan delta Sungai Mekong, terutama di Propinsi An Giang. Sisanya hanya 1% Muslim Vietnamyang tinggal di kawasan lainnya di negara tersebut.

Data tersebut menunjukkan perpindahan penduduk Muslim dibandingkan data tahun 1975 yang menyebutkan bahwa lebih dari setengah penduduk Muslim disana tinggal di daerah Delta Sungai Mekong. Dan data terbaru tahun 1985 disebutkan bahwa ada sekitar 10 ribu muslim yang tinggal di Kota Ho Chi Min City.

Teras dan bagian dalam masjid Al-Noor Hanoi (foto dari situs resmi hanoimasjid)

Sejarah Masjid Al-Nour Hanoi

Sejak dari permulaan abad ke 19 masehi, para saudagar india dan Pakistan yang berasal dari Bombai, Kalkuta dan Karachi telah mapan di beberapa kota di Vietnam utara dan selata. Di sekitar tahun 1930 jumlah mereka sudah mencapai ribuan di seluruh kawasan Indocina. Mereka membentuk perkumpulan besar dalam menjalankan usaha perdagangan terutama menjual kain dan pertukaran uang.

Mereka ini yang kemudian membuka pasar di Vietnam, berdagang kain katun, sutera hingga batu permata. Toko toko dan gudang mereka berada di jalan jalan utama hampir di semua kota utama Vietnam. Di kota Hanoi mereka tinggal di sekitar “Rue De La Soie” atau Jalan Sutera yang menjadi tempat bagi mereka membeli kain sutera dari para pedangan Cina lalu mengirimnya ke India dan Singapura.

Kelompok pedagang muslim ini rata rata adalah para pedagang sukses yang kaya raya. Mereka yang kemudian membangun Al-Noor di kota Hanoi sekitar tahun 1930-an serta beberapa masjid lainnya di Vietnam Selatan. Kini masjid tua ini tetap ramai jemaah terutama jemaah dari kantor kantor kedutaan Malaysia, Libya, Mesir, Lebanon, Indonesia India, Algeria, Yaman, Iraq, Vietnam, Pakistan, Afghanistan and Bangladesh yang mencapai sekitar 200 jemaah berbaur dengan muslim asli setempat.

GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.


Alor Setar, 06200 Kedah

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...