Friday 26 April 2019
Tuesday 19 March 2019
Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kereta Diesel
-Sumber Goshed Gostan
Monday 18 March 2019
Cara Betul Untuk Selamatkan Diri Apabila Kereta Terhumban Masuk Ke Dalam Air
Baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan berita kemalangan jalan raya sebuah kereta jenis SUV Mazda CX5 yang terbabas lalu terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat, kereta berjaya dinaikkan semula dengan bantuan kren dan mangsa didapati telah meninggal dunia akibat terperangkap di tempat duduk pemandu.
Cuba letakkan diri anda dalam situasi ini dimana anda terperangkap di dalam kereta yang akan tenggelam ke dalam laut. Adakah anda tahu teknik untuk menyelamatkan diri dalam tempoh beberapa saat sahaja? Bagi anda yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jom pelajari panduan untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap di dalam kereta.
CARA NAK SELAMATKAN DIRI APABILA KERETA TEJUNAM KE DALAM AIR
1. CUBA UNTUK JANGAN PANIK
Terdapat 2 aspek penting dalam situasi ini iaitu waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian. Untuk pengetahuan anda, sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan segera, jadi ada peluang untuk anda selamatkan diri.
2. JANGAN BUKA PINTU
Jangan samakan situasi menyelamatkan diri sama seperti anda di darat. Kalau kat darat boleh buka pintu, tapi kalau kereta berada pada dalam separa air, jangan sesekali buka! Ini kerana, tindakan membuka pintu kereta akan menyebabkan tekanan air yang kuat sekaligus menyukarkan usaha anda untuk menyelamatkan diri.
Selain itu, tindakan membuka pintu juga akan menyebabkan lebih banyak air akan masukdan akhirnya kereta anda akan tenggelam dengan lebih cepat!
3. TURUNKAN CERMIN TINGKAP KERETA
Apa yang perlu anda lakukan adalah tindakan pantas menurunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keleder dan pantas berenang keluar. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk bertindak, tekanan air akan menekan cermin tingkap sekaligus menyebabkan cermin tidak boleh digerakkan langsung!
4. JIKA CERMIN TINGKAP KERETA TAK BERFUNGSI, PECAHKAN!
Sekiranya cermin tingkap tidak berfungsi, anda perlu pecahkan cermin tersebut. Jangan sesekali cuba untuk pecahkan cermin di hadapan kereta kerana ia telah ‘dicipta’ untuk melawan impak kuat. Pecahkanlah cermin tepi anda.
Gunakan kaki untuk menendang pada bahagian atas tingkap, atau anda boleh tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk dan ‘cucuk’ di bahagian bawah tingkap. Selepas berjaya pecahkan tingkap, secepatnya tarik nafas dan berenang menerusinya untuk ke permukaan air.
5. GUNA ALAT KHAS
Anda juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkap kereta. Alat ini boleh disimpan di dalam peti simpanan kereta atau dilekatkan bersama loket gantungan kunci kereta anda.
Sekiranya kereta anda terbalik dan tali pinggang keleder kereta menyekat anda daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.
Sunday 17 March 2019
Lakukan 10 Tips Ini Jika Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown'
SEDANG seronok memandu dan menyanyi mengikut alunan lagu penyanyi kegemaran di radio, hidung terhidu bau hangit memasuki ruang kabin. Lebih panik, kelajuan kereta pula mula perlahan secara drastik dan akhirnya berhenti begitu saja. Kereta tiba-tiba 'breakdown'!
1. JAGA PENYENGGARAAN KERETA
Ini bukan apa yang anda perlu buat ketika kereta sudah rosak. Ini cuma nasihat awal, iaitu tolong pastikan kereta anda disenggara berkala mengikut jadual dan tempoh servis ditetapkan. Walaupun sudah diservis, sebelum bergerak (terutama perjalanan jauh), sila pastikan penyejuk (coolant) dan bendalir pencuci (washer) mencukupi atau tambah apabila kurang. Mana tahu ada kebocoran.
2. PAKAI JAKET KESELAMATAN
Seeloknya anda menyimpan jaket keselamatan dengan reflektor, termasuk baju hujan dalam kereta. Dua benda ini bukanlah berharga mahal, tetapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan. Jaket reflektor dipakai supaya kelibat anda dapat dilihat pengguna jalan raya lain, terutama malam atau cuaca gelap. Baju hujan pula berguna apabila kereta rosak ketika hujan. Jadi, tidak perlu lagi basah kuyup dan menggigil kesejukan, terutama apabila kerosakan disebabkan tayar pancit yang memerlukan anda menukar tayar kereta sendiri.
3. CAS TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit yang dicas penuh amat bermakna kerana anda boleh membuat panggilan kecemasan dengan memberitahu seseorang mengenai lokasi terkini anda. Sila bersiap sedia dengan pengecas kereta atau pengecas bateri mudah alih atau powerbank.
4. NYALAKAN LAMPU AMARAN BAHAYA
Jika perasan kelajuan kereta anda mula perlahan secara tiba-tiba, segera aktifkan lampu amaran bahaya sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain. Biarkan menyala walaupun kereta sudah berhenti atau diparkir tepi jalan.
5. TOLAK KERETA JIKA MAMPU
Jika kereta terkandas di tengah jalan, cuba tolak ke tepi jalan. Itupun jika anda mampu melakukannya. Tolak menggunakan bahu kiri sambil tangan kiri mengawal stereng. Jika tidak mampu, cepat lambaikan tangan minta bantuan. Jangan risau, kebiasaannya, ada ramai penunggang motosikal baik hati yang akan cuba membantu anda.
6. BERHENTI DEKAT TELEFON KECEMASAN
Di lebuh raya, jika anda rasa kereta anda memberikan tanda-tanda awal akan mula rosak dan berhenti bila-bila masa, segera cari dan berhenti berhampiran telefon kecemasan (berwarna oren). Boleh saja guna telefon bimbit sendiri. Tetapi telefon kecemasan yang disediakan pihak lebuh raya boleh menghubungkan anda terus kepada operator yang tahu apa perlu anda buat, termasuk mengesan lokasi anda berdasarkan identiti telefon.
7. KELUAR IKUT PINTU KIRI
Jika anda pemandu, sila keluar dari kereta anda menerusi pintu penumpang depan, atau sebelah kiri. Ini kerana laluan kanan terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Cuba berdiri jauh dari kereta bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk
8. DUDUK DALAM KERETA
Jika rasa terancam, terutama jika kereta rosak di kawasan pedalaman, atau hutan, atau jalan raya yang kurang pengguna jalan raya, anda boleh duduk sahaja di dalam kereta dan kuncikan pintu. Jangan lupa dail 999 untuk minta bantuan.
9. PASANG PEMANTUL SEGITIGA
10. TELEFON TRAK TUNDA
Tahukah anda, ada dua pihak yang menawarkan khidmat tunda percuma jika kereta anda rosak? Pertama, pihak pengeluar, tetapi tundaan percuma itu terhad ke mana-mana pusat servis terdekat. Kedua, syarikat insurans. Cara ini lebih fleksibel kerana anda diberikan khidmat tunda percuma dalam jarak 60km atau lebih (berbeza mengikut polisi) dan boleh memilih sama ada menghantar ke pusat servis yang menjadi panel syarikat insurans atau bengkel pilihan sendiri.
Saturday 16 March 2019
Masjid Di Sekitar Vietnam
Kehidupan warga Muslim di Vietnam
Teras dan bagian dalam masjid Al-Noor Hanoi (foto dari situs resmi hanoimasjid)
|
Sejarah Masjid Al-Nour Hanoi
15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...
-
Tips pemilihan tinted kereta yang berkualiti dan yang terbaik untuk kereta. Cewahh. Tinted cermin kereta ni ada tiga kategori/sifat....
-
1. Jaga servis setahun sekali Sebenarnya kalau jaga servis setahun sekali adalah sangat baik jika aircond kerap digunakan. Bukan saja...
-
Anda pandu kereta jenama apa? Dan mengapa anda memilih kereta yang anda miliki sekarang? Setiap individu mempunyai citarasa dan kehendak se...