Tahun 2019 ini boleh dikatakan tahun kereta, sebab banyak pelancaran kereta-kereta baru pilihan rakyat Malaysia dan akan dilakukan.
Antara yang telah dilancarkan; Proton X70, Perodua Arus dan macam macam lagi kereta berjenama hebat seperti Honda.
Memang ramai rasa teruja nak beli kereta baru, tambahan lagi yang mana memungkinkan kadar faedah pembiayaan atau pinjaman kereta akan dikurangkan.
Jadi, pembiayaan atau pinjaman kereta akan menjadi lebih ‘murah’.
Ada pepatah yang menyebut,” Beli kereta sebab nak pergi kerja, pergi kerja sebab nak bela kereta”
Pernah dengar atau baca di mana-mana?
Maksudnya, membeli kereta sebenarnya adalah satu beban, sebab ada kos-kos lain yang perlu dibayar.
Jika tersilap beli kereta melebihi kemampuan, kos-kos tadi akan menjadi satu beban berat yang mungkin tak dapat dipikul lagi.
Tambahan lagi, nilai kereta dari hari ke hari semakin susut, berbeza dengan hartanah yang mana kebiasaannya semakin lama semakin naik.
Keluar sahaja dari bilik pameran kereta, harga kereta terus jatuh 20% ke 30% harga asal.
Jumlah hutang kereta tersebut pula lebih tinggi berbanding nilai jualannya sekarang.
Kiranya kalau nak jual balik kereta tersebut dalam masa terdekat, memang akan rugilah sebab hasil jualan tak mampu cover baki hutang yang masih ada.
Sayangnya, walaupun ramai tahu tentang perkara ini, tetapi masih ada lagi yang menganggap kereta adalah simbol kekayaan dan kejayaan seseorang.
Maklumlah, kereta ini benda yang mudah bergerak dan dibawa ke sana sini, jadi senanglah nak ditunjukkan kepada orang lain.
Apabila bertemu rakan-rakan lama pula, yang sering ditanya adalah “Pakai kereta apa sekarang?” dan bukannya “Dah berapa banyak aset pelaburan yang ada?”
Terpulanglah kepada anda untuk mengatakan kereta simbol kekayaan dan kejayaan ataupun tidak.
Saya secara peribadi hanya menganggap kereta sebagai alat untuk bergerak ke sana-sini.
Kadang-kadang terlintas nak memiliki kereta besar dan mewah, tetapi memikirkan kos-kos yang perlu ditanggung, terasa seperti satu pembaziran.
kredit : jomurusduit.com
GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Website: http://www.carrentalkedah.com.my
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Alor Setar, 06200 Kedah
No comments:
Post a Comment