Friday, 27 July 2018

10 TIPS PENJAGAAN KERETA


1. TAYAR
Pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah.  Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat.
Anda boleh mengukur tahap kehausan tayar anda dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika lebih daripada tanda tersebut bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Anda perlu menukar tayar tersebut dengan segera. Anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2. MINYAK ENJIN
Minyak enjin memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak mejadi malalah. Minyak engin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.
Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”.
Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.
3. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.
4. BATERI
Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta anda dengan melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering sebaliknya.
Bagi sel basah anda perlu sering membuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri tersebut akan kehilangan cas selepas hanya 6 bulan.
Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak berbanding bateri lain.
Jika anda mengalami masalah menghidupkan enjin, mungkin sekali masalah tersebut berpunca daripada bateri yang telah kehilangan cas.
5. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)
Perlu ditukar setiap 20,000km kerana untuk melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Tetapi anda juga boleh mendapatkan penapis udara yang tidak perlu diservis, sebagai contoh penapis udara berjenama K&N.
6. CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID | ATF)
Cecair ini hanya digunakan pada kereta bertransmisi automatik. Kebiasannya, panduan kereta anda akan mencadangkan cecair ini ditukar selepas 20,000km, namun boleh ditukar selepas 30,000km jika ingin berjimat.
Sekiranya penukaran ini diabaikan sehingga melebihi 30,000km, kerosakan kritikal boleh berlaku pada kotak gear, menyebabkan perbelanjaan besar.
7. MINYAK GEAR (GEAR OIL)
Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.
8. PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mongosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush).
9. TALI SAWAT (BELT)
Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda yang lebih dikenali sebagai timing belt. Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Servis tali sawat anda jika ini berlaku.
10. BREK
Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula memekik atau mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.
Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlu diganti.Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.
Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil secondary defect. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan less effectiveness of braking system.

Tuesday, 24 July 2018

Tempat Makan Sedap Di Kedah Untuk Dicuba



Senarai tempat makan sedap di Kedah ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin mencari lokasi tempat sedap yang ada di Kedah sama ada yang ke negeri ini untuk bercuti atau pun atas urusan kerja.
Di Kedah, selain daripada tempat menarikhotel dan tempat membeli belah, negeri ini juga banyak tempat makan sedap yang anda boleh cuba. Bukan sahaja di negeri-negeri utara tanah air, malahan di seluruh Malaysia pun banyak tempat makan sedap boleh dicuba.
Orang luar selalu kata negara kita ni syurga makanan. Murah, banyak pilihan, senang dicari dan sedap. Jadi tidak hairan negara kita menjadi salah satu negara di Asia yang ramai dilawati oleh pelancong luar.

10 Tempat Makan Sedap Di Kedah

Disini kami kumpulkan beberapa tempat makan sedap di Kedah yang boleh anda kunjungi bila ke negeri ini. Senarai ini kami susun untuk memudahkan anda dan kebanyakkan lokasi tempat makan sedap ini ada di Alor Setar kerana lokasi ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai.
Semoga dengan senarai 10 tempat makan sedap di Kedah ini dapat membantu anda mencari dan memilih tempat makan yang sesuai dengan selera anda. Jom kita lihat senarai tempat makan sedap di Kedah dibawah.

1. Laksa Ikan Sekoq

Laksa Ikan Sekoq tempat makan sedap di kedah
Negeri utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan yang tersendiri. Kalau di Kedah, kuah laksa sering dibuat menggunakan ikan termenung (kembung) atau ikan selayang.
Kat kedai Laksa Ikan Sekoq ini, pelanggan akan dihidangkan laksa beserta seekor ikan. Kalau nak tambah telur sebiji pun boleh. Kalau anda makan laksa ikan sekoq, anda boleh tambah makan secara percuma. Hidangan laksa di sini memang popular satu Alor Setar. Kalau sebut jer pasal laksa di Alor Setar, memang terbuka mulut semua orang suruh pergi try kat Laksa Ikan Sekoq di Jalan Gangsa.
Selain Laksa sebagai menu utamanya, di sini juga ada makanan santai yang lain seperti cendol, cendol pulut, jagung bakar, rojak buah dan ABC. Bagi mereka yang nak merasa Laksa Kedah yang ori dan baik punya, jangan tak mai pulun sepinggan di sini.

2. D’Madinah Corner

D'Madinah Corner
Restoran D’Madinah Corner ini terletak di Padang Temusu Sungai Petani yang menyajikan makanan barat, roti dan sup. Restoran ini juga viral di media sosial kerana harga makanan yang berbaloi dan sedap. Setiap set makanan siap dengan air teh o ais atau sirap. Pilih yang mana kita suka. Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada hari minggu.
Sekiranya anda datang kesini dengan keluarga yang ramai, lebih baik datang awal untuk mengelakkan daripada berdiri dan menunggu meja kosong sebab tempat duduk disini sangat terhad.

3. Awi Pulut

Awi Pulut
Orang utara memang suka makan pulut. Segala macam jenis lauk boleh dimakan dengan pulut. Jika di gerai Awi Pulut yang terletak di belakang Bank Rakyat cawangan Alor Setar ini, anda boleh menikmati pulut manis ataupun savuri.
Macam-macam menu pulut yang ada antaranya pulut durian, pulut kahwin, pulut ayam, pulut kuning dan pulut mangga. Selain itu, gerai ini juga ada menjual menu istimewa iaitu nasi ayam berempah dan nasi ayam percik untuk mereka yang mahukan menu yang lebih berat.

4. Le Medina Patisserrie

Le Medina Patisserrie
Destinasi Le Medina Patisserie ini merupakan restoran atau cafe yang menyediakan makanan ala-ala barat yang unik dan ‘presentation’ makanannya nampak sungguh menyelerakan. Antara yang terkenal disini adalah menu nasi lemak hijau.
Rasa sayang nak sentuh kek-kek dan kopi-kopinya yang sampai di depan meja makan kerana memang cantik presentation makanannya. Ditambah pula ruangan dekorasi dalaman kedai makan ini yang sangat unik dan menarik. Warna terang-terang, memang ceria dan macam terasa makan di kedai makan di Disney Land.
Antara menu-menu makanan yang popular di sini ialah mee tulang rusuk medina, nasi lemak hijau medina, seafood spaghetti, lasagna, aneka kek, aneka cupcakes dan mee goreng mamak.

5. Restoran Mikamal

mee rebus restoran mikamal
Bagi anda yang lebih suka makanan ori orang Kedah, salah satu tempat makan yang menarik di Alor Setar untuk diterjah ialah di Restoran Mikamal yang terletak di Jalan Anak Bukit. Menu makanan yang dikatakan popular di sini ialah mee rebus utaranya.
Selain mee rebus utara, ada juga makanan lain yang santai tempatan yang boleh dicuba seperti udang goreng masalai, tosai, pasembur, murtabak, nasik berlauk mamak (nasi kandar) dan roti dhol. Kalau western food pulak seperti biasalah, sudah tentu menu-menu makanan seperti chicken chop, fries, dan juga burger.

6. Bite Cafe

bite cafe alor setar kedah
Bite Cafe terletak di tengah pusat bandar Alor Setar dan dikelilingi oleh tarikan pelancongan seperti Balai Seni, Balai Nobat, Istana Kuning dan Masjid Zahir. Menu makanan di sini lebih kepada western style dan santai. Dan yang menjadi pilihan para pengunjung di sini ialah menu meatball.
Selain itu, banyak lagi menu ala western yang ada di sini seperti pasta, daging/ayam grilled, chicken cordon bleu, chicken chop dan menu-menu western lain yang selalu kita tengok di kedai western lain.
Bagi mereka yang nak makan kek, di sini juga menyediakan pelbagai jenis pilihan kek yang sedap seperti peach cheese cake, carrot cake walnut, Butterscotch + caramelized nuts cake dan chocolate cake. Kalau tengok keadaan kedai dan ruangan makan pun sangat cantik dan berseni. Kalau datang makan berdua dengan insan tersayang, memang sesuai dan romantik sangat.

7. Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Alor Setar

Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Alor Setar
Menara Alor Setar merupakan mercu tanda Alor Setar menjadi destinasi pelancongan yang popular bukan sahaja pelancong asing tetapi juga penduduk tempatan. Jika anda kesini anda boleh mencuba makan di restoran berputar di tingkat atas. Yang menariknya, anda boleh melihat panorama bandar Alor Setar sambil menikmati hidangan.
Walaupun pemandangan dari atas cantik, tapi tak banyak pilihan menu makanan dalam restoran ini. Kebanyakkannya western food seperti chicken chop, grill, fish, lamb dan set steamboat. Boleh lah kalau anda nak mencuba makan disini.

8. Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Kalau ke utara tak mencuba nasi kandar memang tak sah. Bagi peminat nasi kandar, anda boleh cuba makan di Restoran Nasi Kandar Yasmeen yang yang terletak berhampiran bekas Hospital Besar Alor Setar dan Stadium Darulaman.
Menurut pengunjung disini, nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan sedikit sayuran sudah cukup untuk menambat hari kita dengan hidangan disini. Ayam gorengnya begitu rangup dan berperisa dengan isi berjus yang mengiurkan.

9. Apam Lenggang Stesen Bas Lama

Apam Lenggang Stesen Bas Lama
Apam Lenggang ini dah lama beroperasi dan masih ada sehingga ke hari ini. Seperti namanya, pastinya keunikan dan menu pilihan disini adalah apam lenggang yang merupakan antara makanan popular di utara.
Dengan harga yang berpatutan, sedap dan perkhidmatan yang baik, restoran ini sering dikunjungi oleh ramai pelanggan sama ada yang mahu menikmati apam lenggang ataupun kuih-muih lain yang tidak kurang sedapnya. Bersarapan disini pastinya satu pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan.

10. Mat Cucur Udang

Mat Cucur Udang
Mat Cucur Udang adalah satu nama yang begitu popular di kalangan penduduk Alor Setar. Yang menjadikan cucur udang ini digemari pelanggan adalah kerana setelah dipotong, setiap gigitan masih dapat merasa udang asli yang digoreng bersama cucurnya selain bawang dan taugeh.
Menunya juga pelbagai disini dimana pelanggan boleh campurkannya dengan tauhu, cucur bawang, fish cake dan beberapa lagi bahan yang boleh dicuba. Mat Cucur Udang turut terkenal kerana kuah kacangnya yang tiada tandingan dan tidak ditempat lain.
___
Senarai diatas bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda cadangkan tempat makan sedap di Kedah yang mungkin lebih sedap dan lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu adalah berbeza, tetapi populariti sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan.
Semoga anda suka dengan pilihan tempat makan sedap di Kedah ini dari kami di CutiSini.com. Semoga anda dapat merancang percutian anda di negeri ini dengan lancar dan memberikan 1001 kenangan yang manis buat anda.
Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like kami di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Monday, 23 July 2018

Tips Memilih Minyak Enjin Yang Sesuai Untuk kenderaan Anda





Minyak hitam adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik.
Bagaimana memilih minyak enjin yang sesuai untuk kereta anda ?
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred).
Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan.
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30. Minyak hitam jenis ini adalah biasa digunakan untuk kereta cc (cubic centimetre) kecil seperti Kancil, Mira, Kelisa, Atos, Viva, Myvi dan lain-lain.
Enjin yang mempunyai cc rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.
Pastikan kereta berkuasa demikian diisi dengan minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Peringatan : Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran. Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Sunday, 22 July 2018

Kebaikan dan Keburukan Kereta Hybrid




Kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa depan. Ia mampu dan berkesan menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama, ia hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Kerana kelebihan ini, populariti kereta hibrid kini berkembang setiap hari. Ramai orang kini mempertimbangkan sama ada menyingkirkan kereta konvensional mereka dan membeli sebuah kereta hibrid untuk membantu dalam mengurangkan kos penggunaan bahan api.


Kereta hibrid mempunyai dua enjin untuk ia secara efektif menjimatkan penggunaan bahan api. Ia mempunyai enjin petrol tradisional dan juga mempunyai motor elektrik dan bateri. Dua enjin bekerja bersama-sama dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan teknologi ini, anda akan dapat mengurangkan penggunaan bahan api lebih daripada separuh. Cuba bayangkan, dengan kereta hibrid, anda akan dapat untuk pergi lebih daripada 97 kilometer segelen. Melalui pelaburan ini, kereta hibrid pasti menjadi kereta masa depan.


Pemilik kereta hibrid dikatakan tidak merasa peningkatan kos harga bahan api. Ini adalah kelebihan utama kereta hibrid. Brek dalam kereta hibrid juga dikonfigurasikan untuk menangkap tenaga yang dibebaskan dan menggunakan ia untuk mengecas bateri dalam kereta hibrid. Ini bermakna bahawa tidak seperti kereta elektrik, kereta hibrid sebenarnya tidak perlu dicaj dari soket elektrik rumah anda.

Walau bagaimanapun, dengan semua kelebihan yang anda dapat dari kereta hibrid, terdapat juga kelemahan yang anda patut terima. Kelemahan utama kereta hibrid adalah harga runcitnya agak mahal berbanding kereta biasa. Hanya orang-orang yang mempunyai wang yang cukup boleh membeli kereta hibrid. Walau bagaimanapun, kereta hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang. Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta hibrid.


Kereta hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta hibrid mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kereta hibrid. Ini bermakna bahawa kereta hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.




Satu lagi isu mengenai kereta hibrid adalah bahawa ia sangat berisiko dalam kemalangan. Apa yang membuatkan kereta hibrid berkesan dalam teknologinya adalah juga apa yang membuatkan ia berisiko jika ia terlibat dalam kemalangan. Ini adalah kerana kereta hibrid menyimpan jumlah voltan yang tinggi dalam bateri. Ini bermakna bahawa terdapat peluang yang tinggi mendapat kejutan elektrik apabila anda terlibat dalam kemalangan. Ini juga bermakna agak sukar untuk penyelamat untuk menyelamatkan pemandu dan penumpang keluar dari kereta hibrid kerana bahaya voltan tinggi di dalam kereta.


Ini adalah kelebihan dan keburukan kereta hibrid. Pengeluar kereta hari ini kini mencari cara-cara untuk menghilangkan keburukan kereta hibrid. Dalam masa terdekat, anda akan melihat bahawa kereta hibrid akan menjadi lebih ringan dan juga mengandungi risiko yang kurang disebabkan kepada bahaya voltan tinggi dan diselesaikan dengan kepakaran pengeluar kereta tersebut.

Saturday, 21 July 2018

12 Pulau Menarik Di Malaysia Yang Kurang Popular. Tetapi Sangat Cantik !



1. PULAU BOHEY DULANG, SEMPORNA, SABAH

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: https://higherdensity.wordpress.com/2014/03/12/
Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot. Pulau Bohey Dulang ialah satu daripada 8 pulau dalam  Tun Sakaran Marine Park.
Pulau Yang Menarik di Malaysia
Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com
Kalau ada masa, baca entri honeymoon dari Chawanna ini penuh dengan gambar kecantikan Pulau Bohey Dulang.
Pulau yang menarik di Malaysia
Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com
Kami teramat pasti, gambar-gambar ini bakal menggetarkan jiwa anda dan buat anda tergamam kerana teramat cantik!

2. PULAU KAPALAI, SEMPORNA, SABAH

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: divinginsipadan.com
Pulau Kapalai terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Ia adalah syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling. Pulau Kapalai juga adalah destinasi yang sangat sesuai untuk bulan madu.
Biasanya, ramai orang akan pergi ke Pulau Mabul-Pulau Sipadan-Pulau Kapalai-Pulau Bohey Dulang. Bak kata seorang blogger, akibat kawasan sekitar yang terlalu cantik, hatiku tertinggal di Kapalai.

3. PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: http://www.sunnyrainbowtours.com.my
Kalau mahu tahu, menurut Wikipedia, Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang!
Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: irwanfieldteam.wordpress.com
Baca catatan kembara dan pengalaman ke Pulau Banggi untuk maklumat lanjut. Jika minat diving, jangan lupa singgah ke sini juga.

4. PULAU AUR, MERSING, JOHOR

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: johor.attractionsinmalaysia.com
Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja. Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati Pulau Aur ini cukup berbangga dengan kecantikannya.
Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: akukahtuah.blogspot.com
Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.

5. PULAU TENGGOL, DUNGUN, TERENGGANU

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: holidaygogo.com
Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Sebaliknya, ia adalah tumpuan bagi peminat sukan skuba di seluruh dunia. Yang minat snorkeling juga boleh ke sini.
Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: visit-terengganu.com
Lebar Pulau Tenggol lebih kurang 2-3 kilometer sahaja. Pantainya pendek dan sangat landai dan amat sesuai untuk anak-anak kecil. Siap boleh main kejar-kejar lagi!

6. PULAU BUM BUM, SEMPORNA, SABAH

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: aqim22.deviantart.com
Menurut Wikipedia, Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan SempornaKunak dan Lahad Datu. Dikatakan juga, saiz Pulau Bum Bum lebih kurang sebesar Singapura.
Walaupun Pulau Bum Bum bukanlah sebuah pulau pelancongan, airnya masih lagi crystal clearPercutian ke Semporna tidak sempurna jika tidak singgah ke sini.

7. PULAU MATAKING, SEMPORNA, SABAH

Pulau menarik di Malaysia
Foto Kredit: sabahtourism.com
Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita terlopong. Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di Malaysia?
Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: mataking.com
Jika terlalu banyak kerja di pejabat, ambil cuti dan hilangkan stress di sini. Bila sudah sampai Pulau Mabul, jangan lupa singgah ke Pulau Mataking. Mungkin kena sewa bot yang agak mahal, tetapi sangat-sangat berbaloi.

8. PULAU RAWA, BESUT, TERENGGANU

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Rawa ialah sebuah pulau yang kecil dan tidak didiami. Ia terletak di barat laut Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: asiaexplorers.com
Seseorang hanya boleh ke sana dengan menyewa bot dari Pulau Perhentian sahaja. Walaupun Pulau Rawa ini kecil sahaja, terumbu karangnya sangat cantik dan berwarna-warni.

9. PULAU RAWA, MERSING, JOHOR

Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com
Jangan ingat Terengganu sahaja ada Pulau Rawa. Johor juga ada Pulau Rawa. Dikatakan, dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan.
Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: budak-shinchan.blogspot.com
Untuk cuci mata, boleh baca perjalanan blogger shin ke Pulau Rawa. Nasib baik dia ada kamera GoPro, yang merakamkan suasana tenang dan damai di Pulau Rawa.

10. PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

Pulau Menarik di Malaysia
Foto Kredit: johortourism.com
Pulau Sibu yang terletak dalam daerah Mersing ini mengadap Laut Cina Selatan. Ia sebenarnya gugusan pulau-pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau menarik di Malaysia
Foto Kredit: darniaaqilah.blogspot.com
Pulau Sibu, walaupun tidak terkenal seperti Pulau Tioman, ia sangat sesuai untuk weekend getaway. Ada juga yang menjadikan Pulau Sibu sebagai alternatif kerana semua resort telah penuh di Pulau Tioman.
Yang penting, jangan naik jeti di Mersing, tetapi jeti di Tanjung Leman. Kalau mahu cuci mata, lihat gambar di sini dan di sini puas-puas.

 11. PULAU TIMBA TIMBA, SEMPORNA,SABAH

Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: flickr.com
Ini sememangnya pulau yang jarang dikenali ramai. Jikalau anda cuba Google untuk mencari maklumat, pasti anda akan kecewa. Nasib baik ada yang sudi berkongsi gambar ketika beliau pergi island hopping ke sana.
Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: http://blog.napiemoksin.com
Pulau Timba Timba terkenal dengan pantainya yang cantik dan hidupan laut yang jarang dijumpai. Juga ada warna 3 layer yang sangat cantik.
Hidupan lautnya termasuk sotong besar, ular laut dan ikan jerung kecil. Selain itu, penyu juga selalui dijumpai di sini. Antara yang lain ialah udang kara, blue ribbon eels, moray eels, barracudas dan large coral trout.

12. PULAU SIBUAN, SEMPORNA, SABAH

Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: syathebackpacker.blogspot.com
Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di  Mersing, Johor. Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.
Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, bercerita tentang pulau-pulau di Semporna lebih menarik dari tempat lain. Dikatakan lagi Pulau Sibuan adalah tempat pilihan diver sebelum Pulau Sipadan menjadi terkenal.
Pulau tercantik di Malaysia
Foto Kredit: azmiman08.blogspot.com
Air di sini, katanya sangat jernih. Sekejap hijau, sekejap biru. Suasana sekeliling pula, bagaikan dalam filem yang dibuat-buat, padahal ia adalah yang semulajadi.


AKHIR KATA

Tidak perlu ke luar negara untuk nikmati keindahan pantai dan pulau. Ini kerana negara kita sendiri menyajikan destinasi yang hebat untuk kita sekeluarga. Kalau bukan kita yang menikmati keindahan negara sendiri, siapa lagi?
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubungan terus dengan pihak Tourism Malaysia.
[infobox title=’Tentang Tourism Malaysia’]
Tourism Malaysia
Tourism Malaysia atau Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) ialah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Berdasarkan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992, fungsi Lembaga (Tourism Malaysia) adalah seperti berikut:
  • Menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke dan dalam Malaysia
  • Merangsangkan, memajukan dan memasarkan Malaysia sebagai destinasi tumpuan pelancong di arena antarabangsa dan tempatan
  • Menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakkan yang berkaitan dengan pelancongan yang dijalankan oleh mana-mana organisasi, agensi kerajaan atau bukan kerajaan
  • Membuat syor kepada menteri berkaitan tindakan dan program menggiatkan kemajuan penggalakkan industri pelancongan di Malaysia dan melaksanakan setelah dipersetujui
Selaras dengan fungsi Tourism Malaysia sebagai sebuah organisasi penggalakkan, matlamat-matlamat yang berikut telah ditetapkan:
  • Meningkatkan ketibaan pelancong asing
  • Meningkatkan purata tempoh lawatan para pelancong untuk menambah hasil pendapatan dari pelancongan
  • Merangsang pertumbuhan pelancongan dalam negeri
  • Meningkatkan faedah/hasil yang boleh diperolehi dari pasaran Persidangan, Insentif dan Pameran (MICE)



Kredit : https://siraplimau.com/pulau-menarik-di-malaysia-cantik/







15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...