Tuesday, 10 July 2018

10 Tempat Pelancongan Yang Menarik Di Kedah


Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman (Jawi: دار الامن قدح) merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Perseketuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 . Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi sebab itu negeri Kedah diberi gelaran jelapang padi. 
Kali ini kita akan menorakai tempat-tempat pelancongan yang best di Negeri Kedah. Ada 10 tempat best yang kami mahu anda semua terokai sendiri.

1. Masjid Zahir







Lokasi Masjid Zahir yang merupakan salah satu daripada 10 masjid yang tercantik di dunia ini adalah ditengah-tengah kota Alor Setar. Masjid ini merupakan antara yang tertua di Malaysia.
Ia dibina pada tahun 1912 hasil inspirasi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II yang tertarik dengan rekabentuk Masjid Azizi yang terletak di Utara Sumatera. Masjid yang indah ini memiliki 5 kubah utama yang melambangkan 5 Rukun Islam.
Tapak di mana masjid ini dibina adalah tempat pusara pahlawan-pahlawan yang mempertahankan Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1821. Datanglah ke Masjid Zahir untuk menyaksikan sendiri sebuah masjid yang begitu klasik dan indah ini.
Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

2. Kolam air panas Ulu Legong , Baling





























Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong antara yang wajib dikunjungi. Taman Rekreasi ini terletak di Baling, Kedah dan merupakan Pusat Rekreasi Air Panas terbesar di Malaysia setakat ini.
Taman Rekreasi ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kolam air panas ini di katakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Pusat Rekreasi Air Panas ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. Tiket untuk masuk ke Taman ini ialah RM3 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk orang dewasa.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.
Jika anda ingin menginap di sini, tapak khemah turut di sediakan atau anda boleh menyewa di chalet yang turut disediakan. Secara keseluruhan, memang Taman Rekreasi ini sangat selesa dan sesuai datang bersama keluarga.Terdapat banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang turut berbeza.
Maklumat lanjut mengenai Taman Rekreasi ini, anda boleh terus layari website Taman Rekreasi Ulu Legong dan fanpage Pusat Rekreasi Ulu Legong
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
TEL : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
FAKS : 04-4731026

3. Taman Tema air The Carnival




Kalau di Selangor dan KL, yang terkenal adalah Sunway Lagoon, tapi bagi orang-orang utara, Taman tema air The Carnival adalah pilihan utama kalau nak bermandi-manda sambil berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik. Lokasinya berdekatan dengan Cinta Sayang Resort dan pusat bandar Sungai Petani.
Antara aktiviti air yang ditawarkan di Taman Tema Air The Carnivall adalah kolam berombak, menaiki pelampung sepanjang Lazy River, gelongsor di dalam tiub yang curam dan bengkang-bengkok, serta gelongsor berkelajuan tinggi atau high speed slides yang merupakan yang paling mencabar di sini. Kedengaran menyeronokkan bukan? Apa kata anda cuba sendiri, jauh lebih seronok daripada apa yang dibayangkan.
The Carnivall bukan sekadar menawarkan aktiviti air, malahan ia juga menyediakan kemudahan untuk anda melakukan aktiviti lasak yang lain seperti menunggang kuda, bermain golf mini, climbing dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Isnin, Selasa & Khamis (11.00am – 6.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 7.00pm) | Rabu Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)
Bayaran Tiket: Dewasa RM28| Kanak-kanak RM26| Khas RM26 (Harga Tiket Lebih Murah Pada Hari Bekerja)
Alamat: The Carnivall Waterpark, Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Keda

4. Gunung Jerai, Yan























Gunung jerai adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang sangat menarik. Ia terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di puncak gunung dan kawasan sekitarnya. Pelbagai aktiviti percutian yang boleh dilakukan sepanjang berada disana. Tambahan pula terdapat tempat perginapan menarik di puncak gunung tersebut iaitu The Regency Jerai Hil Resort untuk pengunjung bermalam ataupun pengujung ingin berkhemah di sana.
Gunung Jerai terletak di dua daerah di negeri Kedah iaitu daerah Yan dan juga daerah Kuala Muda.  Antara tempat menarik di Gunung Jerai adalah :
     -Taman Rimba Gunung Jerai
Taman Rimba di puncak peranginan Gunung Jerai. Ia merupakan salah satu tempat tumpuan pengunjung yang mendaki gunung ini. Taman Rimba adalah tapak perkhemahan dan biasa dijadikan kem bina semangat oleh institusi pendidikan. kemudahan yangada termasuk chalet,dewan aktiviti,surau,dewan memasak,tapak perkhemahan,tanda dan juga bilik mandi. Juga terdapat kolam mandi yang agak besar untuk aktiviti air dan air terjun menarik untuk mandi-manda
Taman Rimba adalah salah satu tempat paling menarik di atas Gunung. Bagi pelancong yang sukakan keindahan semula jadi, disini juga terdapat orkid pelbagai jenis yang berasal dari hutan Gunung tersebut. Lebih menarik sekali ialah pengunjung dapat melihat pemandangan indah dari bawah.
      -Muzium Perhutanan
Muzium ini terletak di puncak gunung. Lokasinya berhampiran dengan taman rimba. Pengunjung tidak akan terlepas kerana ia terletak berhampiran tepi jalan. Muzium in dibina dari kayu. Bentuknya seakan-akan sebuah rumah tradisional melayu. Terdapat khazanah hutan yang boleh anda lihat disini
      -Telaga Tok Sheikh
Telaga Tok Sheikh adalah tempat bersejarah di Gunung Jerai. Ianya terletak lebih atas dari Muzium Perhutanan. Telaga ini dikatakan milik seorang ulama dari tanah arab yang bernama Sheikh Abdullah Bin Sheikh Jaafar Kumiri yang datang ke Kedah pada zaman kerajaan Kedah Lama. Tok Sheikh inilah yang bertanggungjawab mengislamkan Raja Kedah pada masa itu. Telaga ini dikatakan tempat Tok Sheikh mengambil wuduk
     -Padang Tok Sheikh
Sheikh Abdullah datang ke Kedah sekitar tahun 1135 Masihi bersama-sama beberapa orang sahabatnya dengan melalui laluan laut. Beliau telah menjelaskan kepada Baginda bahawa betapa indah dan sempurnya agama Islam serta sering memberi nasihat di atas jalan agama Islam. Maka dengan hidayah yang diturunkan oleh Allah S.W.T, baginda serta para menterinya telah beriman di jalan Allah S.W.T dengan menukar namanya dan menamakan negeri baginda kepada Kedah Darul Aman.
Baginda sangat tertarik akan keikhlasan dan kesopanan yang ada dalam diri Sheikh Abdullah dan telah melantik beliau menjadi penasihat peribadi baginda. Atas keterujaan terhadap agama Islam, Sultan Muzaffar pernah bertanyakan kepada Sheikh Abdullah bahawa di Tanah Arab apakah yang paling mulia di sana. Sheikh Abdullah mengatakan selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah serta Rasul.  
Oleh itu, baginda telah menitahkan para pegawainya supaya membina sebuah menara di tempat yang tinggi serta berdekatan dengannya. Sheikh Abdullah mengutarakan cadangan supaya tapak menara tersebut dibina di kemuncak Gunung Jerai. Katanya lagi, menara itu bukan sahaja dibina untuk dijadikan tempat azan tetapi juga sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda serta nama negeri Kedah.
Cadangan ini diperkenankan oleh Sultan Muzaffar Shah. Selepas diperkenankan oleh Sultan kerja-kerja membina menara tersebut dilaksanakan. Para pekerja bersama-sama berkumpul di Puncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara tersebut di bawah penjagaan Sheikh Abdullah, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Namun, apabila menara yang hendak dibina itu telah hampir siap, Sheikh Abdullah telah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

5. Pulau Songsong



















Pulau Songsong juga merupakan satu lagi pulau yang tidak berpenghuni dan tiada sebarang penginapan atau kemudahan yang disediakan di sini. Tapi sekiranya anda ingin berkhemah di sini, perlulah pastikan semua bekalan anda lengkap dan cukup.
Agak seronok untuk meluangkan masa di sini kerana alam sekitarnya terpelihara dengan baik sekali. Kawasan pantai yang luas di pulau ini turut ditumbuhi dengan pokok-pokok kelapa, belukar kecil dan bunga. Latar belakang pulau ini pula adalah kawasan hutan yang mekar dengan pokok-pokok yang menghijau.
Untuk ke Pulau Songsong terdapat beberapa buah jeti yang menyediakan bot, iaitu dari Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang dan Jeti Tanjung Dawai. Perjalanan ke pulau ini hanyalah dalam 15 minit sahaja, sempatlah anda sekeluarga menikmati deru angin laut yang segar sepanjang perjalanan ke pulau.
Alamat: Pulau Song Song, Yan, Kedah

6. Menara Alor Setar































Tiada lagi idea yang lebih baik daripada memulakan perjalanan anda di negeri Jelapang Padi ini selain daripada menyinggahi ibu negeri Kedah sendiri, Alor Setar atau kata orang Kedah sendiri, ‘Aloq Staq’. Dah sampai di sini, tempat pertama yang mesti anda lawati adalah Menara Alor Setar.
Bukan di KL sahaja yang ada menara tertinggi ya kerana sebenarnya Menara Alor Setar ini adalah menara telekomunikasi yang ke-2 tertinggi di Malaysia. Menara yang berketinggian 165.5 meter ini menempatkan Restoran Berputar Seri Angkasa di aras yang berketinggian 94 meter, dan dek pemerhatian pada ketinggian 88 meter ataupun 289 kaki.  Kalau anda nak tahu, di sinilah salah satu lokasi yang digunakan untuk melihat anak bulan Islam. Tarikan lain yang terdapat di menara ini adalah panggung yang menjadi tempat pementasan pelbagai jenis pertunjukan kesenian, forum dan lain-lain.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 10.30pm)
Bayaran Tiket: Dewasa MyKad: RM9, Biasa: RM16 | Kanak-kanak MyKad: RM5, Biasa: RM9 | Warga Emas & OKU MyKad: RM5, Biasa: RM16
Alamat: Menara Alor Setar. Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman

7. Taman Reakreasi Sungai Sedim



























Terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim adalah Tree Top Walk Sungai Sedim yang merupakan laluan titian gantung yang terpanjang di dunia. Titian gantung yang berkepanjangan 1.5 km ini memang tak sesuai bagi sesiapa yang gayat. Tapi bagi yang berani, dapatlah anda menikmati pemanadangan flora dan fauna yang indah dari sudut yang tinggi. Dari titian ini anda dapat melihat burung yang berterbangan di sekitar hutan dengan lebih dekat lagi.
Selain itu, Sedim ini juga tertarik dengan sungainya. Bolehlah kita bermandi-manda. 
Taman Rekreasi Sungai Sedim ini terletak di Kampung Sedim. Untuk pengetahuan anda, di sinilah terdapatnya beberapa tarikan menarik seperti Sungai Sedim sendiri yang seronok untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan banyak aktiviti air yang lain serta Sedim Rainforest Resort yang merupakan penginapan yang tidak sepi dari bunyi air sungai dan unggas yang berterbangan.
Sekiranya anda ke sini, banyak aktiviti menarik yang boleh dirancang untuk dilakukan bersama keluarga seperti peerkhemahan, meredah hutan, flying fox, berkelah,  rock climbing, abseiling, water rafting, treasure hunt dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat & Sabtu (Tutup)
Bayaran Tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak (7 -17 Tahun) RM6
Alamat: The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kampung Sedim Karangan, Kedah, 09000, Kulim, Kedah

8. Muzium Arkeologi, Lembah Bujang






















Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat,Merbok,Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.
Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya".
Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.
Bayaran Tiket: Percuma
Alamat: Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Pekan Merbok, 08400 Merbok, Kedah

9. Muzium Padi, Alor Setar


























Terletak di Gunung Keriang, Muzium Padi ini hanyalah 8.84 km sahaja daripada Menara Alor Setar dan dekat sekali dengan Masjid Zahir, antara masjid tertua di Malaysia, nanti kita cerita tentang masjid ini. Muzium Padi ini merupakan muzium padi yang ke-4 yang dibuka di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Sebagai makanan ruji masyarakat Malaysia, penting untuk kita tahu apa sebenarnya kisah di sebalik padi ini dari segi sejarahnya dan prosesnya sebelum menjadi nasi di pinggan.
Agak menarik untuk diketahui, balik sahaja dari Muzium Padi ini, mesti anda takkan membazir walau sebiji pun kerana dari sinilah anda terutamanya anak-anak anda akan menyedari bahawa “sebiji nasi ibarat setitik peluh petani,” (macam pernah dengar je kan). Kalau anda menuju ke tingkat paling atas muzium ini anda dapat melihat galeri lukisan yang mana anda boleh duduk di kerusi yang terletak di tengah, kerusi ini akan membuat putaran 360 darjah secara perlahan untuk anda menikmati lukisan pemandangan sawah padi dan kawasan perkampungan yang terdapat di sekeliling sawah ini yang kelihatan agak realistik.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada Pukul 12.30pm – 2.30pm)
Bayaran Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) RM1 | Kamera RM2
Alamat: Muzium Padi, Lot 798 Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman

10. Galeri Sultan Abdul Halim

















Pada asalnya bangunan Galeri Sultan Abdul Halim ini digunakan sebagai Mahkamah Tinggi Alor Setar, namun pada tahun 2007 ia diubah sebagai galeri yang mempamerkan hampir 2000 koleksi peribadi Sultan Kedah termasuklah pakaian istana, hiasan istana, dokumen rasmi, dan carta keturunan keluarga DiRaja Kedah dari tahun 1136 hingga sekarang. Bangunan yang memiliki seni bina kolonial ini terletak hanya bersebelahan dengan Balai Nobat.
Waktu Operasi:  Sabtu – Khamis (10.00am – 5.00pm)
Bayaran Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Alamat: Galeri Sultan Abdul Halim, Jln Sultan Muhammad Jiwa, Alor Setar

Kredit : https://ilusibasi.com/10-tempat-pelancongan-yang-menarik-di-kedah/





No comments:

Post a Comment

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...