Tuesday, 24 July 2018

Tempat Makan Sedap Di Kedah Untuk Dicuba



Senarai tempat makan sedap di Kedah ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin mencari lokasi tempat sedap yang ada di Kedah sama ada yang ke negeri ini untuk bercuti atau pun atas urusan kerja.
Di Kedah, selain daripada tempat menarikhotel dan tempat membeli belah, negeri ini juga banyak tempat makan sedap yang anda boleh cuba. Bukan sahaja di negeri-negeri utara tanah air, malahan di seluruh Malaysia pun banyak tempat makan sedap boleh dicuba.
Orang luar selalu kata negara kita ni syurga makanan. Murah, banyak pilihan, senang dicari dan sedap. Jadi tidak hairan negara kita menjadi salah satu negara di Asia yang ramai dilawati oleh pelancong luar.

10 Tempat Makan Sedap Di Kedah

Disini kami kumpulkan beberapa tempat makan sedap di Kedah yang boleh anda kunjungi bila ke negeri ini. Senarai ini kami susun untuk memudahkan anda dan kebanyakkan lokasi tempat makan sedap ini ada di Alor Setar kerana lokasi ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai.
Semoga dengan senarai 10 tempat makan sedap di Kedah ini dapat membantu anda mencari dan memilih tempat makan yang sesuai dengan selera anda. Jom kita lihat senarai tempat makan sedap di Kedah dibawah.

1. Laksa Ikan Sekoq

Laksa Ikan Sekoq tempat makan sedap di kedah
Negeri utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan yang tersendiri. Kalau di Kedah, kuah laksa sering dibuat menggunakan ikan termenung (kembung) atau ikan selayang.
Kat kedai Laksa Ikan Sekoq ini, pelanggan akan dihidangkan laksa beserta seekor ikan. Kalau nak tambah telur sebiji pun boleh. Kalau anda makan laksa ikan sekoq, anda boleh tambah makan secara percuma. Hidangan laksa di sini memang popular satu Alor Setar. Kalau sebut jer pasal laksa di Alor Setar, memang terbuka mulut semua orang suruh pergi try kat Laksa Ikan Sekoq di Jalan Gangsa.
Selain Laksa sebagai menu utamanya, di sini juga ada makanan santai yang lain seperti cendol, cendol pulut, jagung bakar, rojak buah dan ABC. Bagi mereka yang nak merasa Laksa Kedah yang ori dan baik punya, jangan tak mai pulun sepinggan di sini.

2. D’Madinah Corner

D'Madinah Corner
Restoran D’Madinah Corner ini terletak di Padang Temusu Sungai Petani yang menyajikan makanan barat, roti dan sup. Restoran ini juga viral di media sosial kerana harga makanan yang berbaloi dan sedap. Setiap set makanan siap dengan air teh o ais atau sirap. Pilih yang mana kita suka. Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada hari minggu.
Sekiranya anda datang kesini dengan keluarga yang ramai, lebih baik datang awal untuk mengelakkan daripada berdiri dan menunggu meja kosong sebab tempat duduk disini sangat terhad.

3. Awi Pulut

Awi Pulut
Orang utara memang suka makan pulut. Segala macam jenis lauk boleh dimakan dengan pulut. Jika di gerai Awi Pulut yang terletak di belakang Bank Rakyat cawangan Alor Setar ini, anda boleh menikmati pulut manis ataupun savuri.
Macam-macam menu pulut yang ada antaranya pulut durian, pulut kahwin, pulut ayam, pulut kuning dan pulut mangga. Selain itu, gerai ini juga ada menjual menu istimewa iaitu nasi ayam berempah dan nasi ayam percik untuk mereka yang mahukan menu yang lebih berat.

4. Le Medina Patisserrie

Le Medina Patisserrie
Destinasi Le Medina Patisserie ini merupakan restoran atau cafe yang menyediakan makanan ala-ala barat yang unik dan ‘presentation’ makanannya nampak sungguh menyelerakan. Antara yang terkenal disini adalah menu nasi lemak hijau.
Rasa sayang nak sentuh kek-kek dan kopi-kopinya yang sampai di depan meja makan kerana memang cantik presentation makanannya. Ditambah pula ruangan dekorasi dalaman kedai makan ini yang sangat unik dan menarik. Warna terang-terang, memang ceria dan macam terasa makan di kedai makan di Disney Land.
Antara menu-menu makanan yang popular di sini ialah mee tulang rusuk medina, nasi lemak hijau medina, seafood spaghetti, lasagna, aneka kek, aneka cupcakes dan mee goreng mamak.

5. Restoran Mikamal

mee rebus restoran mikamal
Bagi anda yang lebih suka makanan ori orang Kedah, salah satu tempat makan yang menarik di Alor Setar untuk diterjah ialah di Restoran Mikamal yang terletak di Jalan Anak Bukit. Menu makanan yang dikatakan popular di sini ialah mee rebus utaranya.
Selain mee rebus utara, ada juga makanan lain yang santai tempatan yang boleh dicuba seperti udang goreng masalai, tosai, pasembur, murtabak, nasik berlauk mamak (nasi kandar) dan roti dhol. Kalau western food pulak seperti biasalah, sudah tentu menu-menu makanan seperti chicken chop, fries, dan juga burger.

6. Bite Cafe

bite cafe alor setar kedah
Bite Cafe terletak di tengah pusat bandar Alor Setar dan dikelilingi oleh tarikan pelancongan seperti Balai Seni, Balai Nobat, Istana Kuning dan Masjid Zahir. Menu makanan di sini lebih kepada western style dan santai. Dan yang menjadi pilihan para pengunjung di sini ialah menu meatball.
Selain itu, banyak lagi menu ala western yang ada di sini seperti pasta, daging/ayam grilled, chicken cordon bleu, chicken chop dan menu-menu western lain yang selalu kita tengok di kedai western lain.
Bagi mereka yang nak makan kek, di sini juga menyediakan pelbagai jenis pilihan kek yang sedap seperti peach cheese cake, carrot cake walnut, Butterscotch + caramelized nuts cake dan chocolate cake. Kalau tengok keadaan kedai dan ruangan makan pun sangat cantik dan berseni. Kalau datang makan berdua dengan insan tersayang, memang sesuai dan romantik sangat.

7. Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Alor Setar

Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Alor Setar
Menara Alor Setar merupakan mercu tanda Alor Setar menjadi destinasi pelancongan yang popular bukan sahaja pelancong asing tetapi juga penduduk tempatan. Jika anda kesini anda boleh mencuba makan di restoran berputar di tingkat atas. Yang menariknya, anda boleh melihat panorama bandar Alor Setar sambil menikmati hidangan.
Walaupun pemandangan dari atas cantik, tapi tak banyak pilihan menu makanan dalam restoran ini. Kebanyakkannya western food seperti chicken chop, grill, fish, lamb dan set steamboat. Boleh lah kalau anda nak mencuba makan disini.

8. Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Kalau ke utara tak mencuba nasi kandar memang tak sah. Bagi peminat nasi kandar, anda boleh cuba makan di Restoran Nasi Kandar Yasmeen yang yang terletak berhampiran bekas Hospital Besar Alor Setar dan Stadium Darulaman.
Menurut pengunjung disini, nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan sedikit sayuran sudah cukup untuk menambat hari kita dengan hidangan disini. Ayam gorengnya begitu rangup dan berperisa dengan isi berjus yang mengiurkan.

9. Apam Lenggang Stesen Bas Lama

Apam Lenggang Stesen Bas Lama
Apam Lenggang ini dah lama beroperasi dan masih ada sehingga ke hari ini. Seperti namanya, pastinya keunikan dan menu pilihan disini adalah apam lenggang yang merupakan antara makanan popular di utara.
Dengan harga yang berpatutan, sedap dan perkhidmatan yang baik, restoran ini sering dikunjungi oleh ramai pelanggan sama ada yang mahu menikmati apam lenggang ataupun kuih-muih lain yang tidak kurang sedapnya. Bersarapan disini pastinya satu pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan.

10. Mat Cucur Udang

Mat Cucur Udang
Mat Cucur Udang adalah satu nama yang begitu popular di kalangan penduduk Alor Setar. Yang menjadikan cucur udang ini digemari pelanggan adalah kerana setelah dipotong, setiap gigitan masih dapat merasa udang asli yang digoreng bersama cucurnya selain bawang dan taugeh.
Menunya juga pelbagai disini dimana pelanggan boleh campurkannya dengan tauhu, cucur bawang, fish cake dan beberapa lagi bahan yang boleh dicuba. Mat Cucur Udang turut terkenal kerana kuah kacangnya yang tiada tandingan dan tidak ditempat lain.
___
Senarai diatas bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda cadangkan tempat makan sedap di Kedah yang mungkin lebih sedap dan lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu adalah berbeza, tetapi populariti sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan.
Semoga anda suka dengan pilihan tempat makan sedap di Kedah ini dari kami di CutiSini.com. Semoga anda dapat merancang percutian anda di negeri ini dengan lancar dan memberikan 1001 kenangan yang manis buat anda.
Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like kami di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...