Wednesday, 18 July 2018

Tempat - Tempat Bersejarah di Kedah



1. Rumah kelahiran Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad 


Rumah kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Rumah beratap rumbia ini dibina dalam tahun 1900. Terletak di No. 18 Lorong Kilang Ais, tepi Jalan Pegawai Kampung Seberang Perak.







2.  Menara Jam 

Menara Jam, Sungai Petani terletak di Jalan Ibrahim, Sungai Petani. Bangunan Menara Jam ini dibina dalam tahun 1910 oleh mendiang Lim Lian Teng seorang hartanah tempatan berasal dari Sungai Lalang sebagai hadiah tanda kenangan beliau kepada King George V yang memerintah England dan menjadi Emperor Empayar British pada masa itu. Tinggi bangunan ini ialah 15.2 meter. Dibina dengan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan (1936).






3. Istana Kuala Chegar

Istana Kuala Chegar terletak di Anak Bukit, Alor Setar kira-kira 6 kilometer dari Alor Setar. Dibina dalam tahun 1920 sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943). Istana tempat bersemayam Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ketika menjadi Raja Muda, tetapi kini di khaskan untuk Ketua Menteri dan pembesar yang datang melawat.








4. Bangunan Bank 

Bangunan Bank yang terkemuka. Bangunan yang bercorak Moor ini dibina dalam tahun 1921. Corak senibina yang sama dapat dilihat pada bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Bangunan ini terletak di Jalan Ibrahim, Sungai Petani.









5. Rumah Almarhum Sultan Abdul Hamid 

Inilah rumah yang didiami oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid di Kampung Lindungan Raja. Nama asal kampung itu ialah Kampung Sedim. Terletak kira-kira 30 kilometer dari Kulim. Pada 12 Januari 1963, Tunku Abdul Rahman Putra ketika itu menjadi Perdana Menteri telah mengisytiharkan nama baru bagi kampung itu iaitu Kampung Lindungan Raja.

Sultan Abdul Hamid tinggal di kampung ini selama lapan hari, dari 15 Disember hingga 22 Disember 1941 untuk menyelamatkan diri dari serangan pihak Jepun. Sewaktu berada di kampung ini Sultan telah diberi perlindungan dan santapan yang secukupnya oleh orang-orang kampung demi keselamatan Sultan.








6. Bangunan Ibu Pejabat Polis 

Bangunan Ibu Pejabat Polis, Sungai Petani terletak di Jalan Ibrahim, Sungai Petani. Bangunan Balai Polis ini dibina dalam tahun 1941 menggantikan Bangunan Balai Polis lama (1903) di Pekan Lama Sungai Petani. Ianya di ketuai oleh seorang pegawai berpangkat OCPD bernama Speers dan keanggotaannya mengandungi seorang Inspektor, seorang Sub-Inspektor, seorang Sarjan Major, 2 orang Sarjan, 4 orang Koperal dan 40 orang Mata-Mata (Polis Biasa). Hingga kini masih lagi digunakan sebagai Ibu Pejabat Polis Sungai Petani.







7. Jambatan Merdeka 

Jambatan Merdeka terletak di sempadan Kedah/Pulau Pinang. Jambatan ini siap dibina dalam tahun 1957 menggantikan jambatan asal (1940) yang dimusnahkan oleh tentera Jepun pada tahun 1942 merentangi Sungai Muda dan merupakan penghubung di antara Kedah dengan Seberang Perai, Pulau Pinang. Dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) dan dinamakan Jambatan Merdeka.







8. Sekolah Kebangsaan Baling 

Sekolah Kebangsaan Baling yang dahulunya dikenali sebagai Tunku Putra Primary School (Baling English School sebelumnya) pernah digunakan untuk persidangan antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng dalam tahun 1955.







9. Rumah Merdeka 

Rumah Merdeka terletak di belakang Hotel Royale, Jalan Putera, Alor Setar. Pada 27 Mei, 1966 rumah ini dijadikan tempat pertemuan rombongan Misi Muhibah Indonesia. Diketuai oleh Laksamana Muda Laut, Omar Bakri Staf dengan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) bagi menamatkan Konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963. Hasilnya satu perjanjian telah ditandatangani pada 11 Ogos, 1966 di Kuala Lumpur.

















No comments:

Post a Comment

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...