
-Sumber Goshed Gostan


Baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan berita kemalangan jalan raya sebuah kereta jenis SUV Mazda CX5 yang terbabas lalu terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat, kereta berjaya dinaikkan semula dengan bantuan kren dan mangsa didapati telah meninggal dunia akibat terperangkap di tempat duduk pemandu.
Cuba letakkan diri anda dalam situasi ini dimana anda terperangkap di dalam kereta yang akan tenggelam ke dalam laut. Adakah anda tahu teknik untuk menyelamatkan diri dalam tempoh beberapa saat sahaja? Bagi anda yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jom pelajari panduan untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap di dalam kereta.
CARA NAK SELAMATKAN DIRI APABILA KERETA TEJUNAM KE DALAM AIR
1. CUBA UNTUK JANGAN PANIK
Terdapat 2 aspek penting dalam situasi ini iaitu waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian. Untuk pengetahuan anda, sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan segera, jadi ada peluang untuk anda selamatkan diri.
2. JANGAN BUKA PINTU

Jangan samakan situasi menyelamatkan diri sama seperti anda di darat. Kalau kat darat boleh buka pintu, tapi kalau kereta berada pada dalam separa air, jangan sesekali buka! Ini kerana, tindakan membuka pintu kereta akan menyebabkan tekanan air yang kuat sekaligus menyukarkan usaha anda untuk menyelamatkan diri.
Selain itu, tindakan membuka pintu juga akan menyebabkan lebih banyak air akan masukdan akhirnya kereta anda akan tenggelam dengan lebih cepat!
3. TURUNKAN CERMIN TINGKAP KERETA

Apa yang perlu anda lakukan adalah tindakan pantas menurunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keleder dan pantas berenang keluar. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk bertindak, tekanan air akan menekan cermin tingkap sekaligus menyebabkan cermin tidak boleh digerakkan langsung!
4. JIKA CERMIN TINGKAP KERETA TAK BERFUNGSI, PECAHKAN!

Sekiranya cermin tingkap tidak berfungsi, anda perlu pecahkan cermin tersebut. Jangan sesekali cuba untuk pecahkan cermin di hadapan kereta kerana ia telah ‘dicipta’ untuk melawan impak kuat. Pecahkanlah cermin tepi anda.

Gunakan kaki untuk menendang pada bahagian atas tingkap, atau anda boleh tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk dan ‘cucuk’ di bahagian bawah tingkap. Selepas berjaya pecahkan tingkap, secepatnya tarik nafas dan berenang menerusinya untuk ke permukaan air.
5. GUNA ALAT KHAS

Anda juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkap kereta. Alat ini boleh disimpan di dalam peti simpanan kereta atau dilekatkan bersama loket gantungan kunci kereta anda.
Sekiranya kereta anda terbalik dan tali pinggang keleder kereta menyekat anda daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.












![]() |
Teras dan bagian dalam masjid Al-Noor Hanoi (foto dari situs resmi hanoimasjid)
|



Ramai pemandu manual kerap meletakkan tangan mereka atas tombol gear sama ada untuk siap sedia menukar gear ataupun itu memang sudah jadi satu tabiat kerana selesa. Malangnya, tabiat berkenaan boleh menyebabkan transmisi kereta anda cepat haus.
Klac ialah tunjang sistem transmisi yang membolehkan enjin kereta bersambung dan dinyahsambung (engaged-disengaged) daripada transmisi. Tanpa klac, anda tidak boleh menukar gear. Tetapi, klac juga boleh digunakan untuk menggerakkan kereta pada kelajuan rendah dengan hanya 'main klac' tanpa perlu menekan minyak. Cara 'main klac' ini juga kerap dilakukan ketika berhenti secara mendaki di atas jalan raya cerun atau berbukit.

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...