Thursday 14 March 2019

Sebab Mengapa Kereta Boleh Terbakar

mini-burning-620x350
Mengapakah kereta tiba-tiba boleh terbakar sendiri? sebab utama:

  1. Dapatkan aksesori aftermarket anda dari penjual / pemasang yang boleh dipercayai. Ada sebabnya mengapa pengeluar kereta dalam tempoh 10 tahun yang lalu tidak mengesyorkan aksesori aftermarket. Banyak aksesori seperti itu menarik elektrik dari pendawaian asal kenderaan yang dimaksudkan untuk kegunaan yang lain. Mereka mungkin memerlukan kapasiti fius yang berlainan atau mungkin pendawaian telah dibiarkan terdedah yang boleh menyebabkan api.
  1. Catalytic converter dalam kereta moden anda mengeluarkan banyak haba. Ini boleh mencairkan bahagian badan plastik tambahan seperti bumper atau skirt sipi dan boleh mengakibatkan kebakaran. Sekiranya terdapat isu atau mereka tidak diselenggarakan dengan betul, mereka boleh terbakar. Begitu juga … bumper dan kit badan aftermarket mungkin menambah risiko kerana walaupun mereka kelihatan mewah, ianya mungkin mengurangkan bekalan udara yang diperlukan untuk menyejukkan enjin.
  1. Petrol adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Sekiranya ia bersentuhan dengan plastik, logam, getah atau apa sahaja, bencana akan melanda dengan cepat sekali. Pastikan tiada kebocoran dalam saluran bahan api. Jangan cuba mengisi lebih daripada apa yang mampu ditampung oleh kenderaan.
Jurutera kereta moden bertungkus-lumus untuk menyediakan sistem bunyi yang hebat dan lampu ambien dalam kabin dari kilang dan pereka kereta bangga menyediakan aerodinamik terbaik untuk kereta baharu anda sambil mengekalkan bentuk kereta baru anda. Jangan terpedaya dengan penjual  aftermarket stereo dan aksesori yang menjanjikan ‘kerja profesional’. Oh tidak. Saya sendiri pernah tertipu dengan jurujual likcik ini.
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya jika minyak petrol kenderaan diisi sehingga tangki penuh, ia akan menyebabkan kereta mudah terbakar. 

SEBENARNYA:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyatakan kegagalan fungsi pendawaian sistem audio yang diubah suai merupakan antara punca kenderaan terbakar dan tiada kes berpunca daripada tindakan mengisi minyak sehingga penuh tangki.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd. Rizal Buang berkata, dua lagi punca adalah apabila berlaku kemalangan dan perbuatan khianat.
Menurut beliau, “Kami juga tidak mendapati sebarang kes (di Johor) yang menunjukkan minyak yang penuh di dalam tangki boleh menyebabkan kenderaan terbakar secara tiba-tiba walaupun ketika cuaca panas,”.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Profesor Wong Shaw Voon berkata, khabar angin yang mendakwa tangki yang diisi penuh dengan petrol mungkin meletup akibat gelombang haba adalah tidak benar, memandangkan teknologi serta penyelidikan semasa telah memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan tangki dapat menampung petrol dengan selamat.

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2015





SUMBER:
GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Alor Setar, 06200 Kedah

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...