Jadi, sebagai alternatifnya kami tuliskan sebuah artikel tempat makan best di Langkawi yang patut anda cuba ketika berada di sana. Jadi tidaklah bosan si suami atau bapa menunggu kesayangan mereka membeli-belah.
Restoran Kak Yan Nasi Campur

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 4pm)
Ini adalah tempat di mana ramai pelancong datang untuk merasai masakan tempatan khususnya masakan Melayu. Pelbagai jenis lauk-pauk Melayu disediakan termasuk ulam-ulaman. Jika mahu kelainan, cuba kerabu bronok yang terkenal di Langkawi.
Harga yang dikenakan pula amat berpatutan. Layanan pekerja pula tidak mengecewakan pelanggan. Tiada masalah semasa mencari tempat meletak kereta kerana ada banyak ruang disediakan.
Namun, jika anda lewat atau datang pada waktu puncak, restoran ini mungkin sudah kehabisan makanan kerana ia memang lokasi makan yang terkenal.
Nasi Dagang Pak Malau
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi. Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 2pm), ditutup pada hari Selasa

Pemandangan sawah padi dan gunung mendamaikan pengunjung yang datang untuk makan di Restoran Nasi Dagang Pak Malau. Menu utama mereka adalah Nasi Dagang yang berasal dari Terengganu.
Pilihan adalah terhad, memudahkan pelanggan menetapkan makanan mereka. Sayangnya, meletak kereta tidak begitu mudah jadi semasa jumlah pelanggan meningkat, anda mungkin terpaksa meletakkan kereta lebih jauh dari restoran.
Harganya agak mahal tetapi berbaloi untuk rasa, layanan, dan pemandangan indah yang menjadi lokasinya.
Restoran Siti Fatimah
Alamat: Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi. Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 4pm)

Susunan pelbagai jenis lauk-pauk di atas meja membuka selera para pengunjung. Apa sahaja makanan Melayu termasuk tempe, petai dan bronok ada disediakan di sini.
Ia terkenal di kalangan para pelancong lalu menyebabkan ia semakin sibuk dan sesak pada waktu tengah hari. Tapi inilah waktu terbaik untuk mendapatkan makanan segar yang masih panas. Kerana pada sekitar 2 petang, lauk-pauk sudah banyak yang habis.
Layanan yang baik dengan suasana restoran yang cukup selesa pada harga yang amat berpatutan menjadikan tempat ini yang terbaik bagi ramai pelanggannya.
Selera Lubuk Buaya
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi. Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3pm – 2am), Ahad (3pm – 12am)

Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk di sini. Tapi, apa yang penting adalah ia dikenali murah di kalangan para pelanggannya.
Walaupun murah, ia tidak merendahkan mutu makanannya. Malah, restoran ini dianggap yang terbaik di kawasan tersebut. Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun anda datang dalam kumpulan yang agak besar.
Jadi, anda mendapat semua yang anda perlukan untuk selera anda di sini pada harga yang berpatutan.
Tanjung Tirai View Café
Alamat: Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi. Waktu Operasi: Setiap hari 5pm – 12am

Pemandangan lautan luas menjadi santapan mata kepada pelanggan yang datang ke restoran ini. Apa lagi jika anda makan semasa matahari terbenam yang menjadikannya lokasi romantis bagi pasangan kekasih.
Hiasan dalamannya biasa-biasa sahaja tetapi layanannya, tempoh masa makanan disiapkan semuanya dikira cemerlang. Ia dianggap syurga makanan laut yang dimasak dengan pelbagai ramuan gaya tempatan, dihidangkan bersama minuman pelbagai rasa.
Tanjung Tirai View Café merupakan restoran terbaik untuk menjamu selera bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Desa Permata Ikan Bakar
Alamat: No. 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Kuah, 07000 Langkawi. Waktu Operasi: Rabu – Isnin (5pm – 12am), ditutup pada hari Selasa

“Masakan Panas dan Aneka Goreng-Goreng”. Itulah yang tertulis pada papan tanda restoran ini. Terkenal sebagai lokasi makanan laut paling popular di Langkawi, ia menyediakan masakan tempatan yang turut dipengaruhi citarasa Thai dan utara.
Pelbagai pilihan makanan laut untuk anda dengan harga yang berpatutan, malah dikatakan lebih murah berbanding restoran makanan laut yang lain.
Apa yang penting adalah makanan laut di sini segar-segar iaitu kualiti utama yang perlu ada pada sebuah restoran makanan laut. Cuba ikan bakar mereka untuk pilihan asas.
Kaki Gunung Cafe
Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi. Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat

Bermula dari berniaga kecil-kecilan menjual rempeyek dan air kelapa, perniagaannya mulai berkembang. Pelbagai jenis menu termasuk barat dan yang paling dikenali adalah Nasi Arab bersama ayam atau kambing.
Dagingnya yang lembut dan segar menjadi rahsia kelazatan masakan mereka. Selain rasanya yang sedap dan harga yang murah, mereka juga menyediakan banyak kerusi dan meja bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kaki Gunung Cafe terletak hanya 10 minit dari Lafarge Langkawi Plant.
Restoran Padang Pasir
Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat, 07000 Kuah, Langkawi. Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Nasi Kandar tulin adalah menu taruhan di Restoran Padang Pasir. Terletak berhampiran Hotel Citin, ia dibuka selama 24 jam setiap hari. Jadi, anda boleh makan di sini bila-bila masa sahaja anda mahu.
Selain nasi kandar, mereka juga menyediakan masakan lain seperti pelbagai pilihan roti iaitu sebagaimana yang anda ditemui di restoran-restoran mamak. Oleh itu, ia juga menjadi tempat ramai orang untuk berkumpul.
The Pizza Maker Langkawi
Alamat: Jalan Teluk Baru Lot 15 Tropical Resort, Pantai Tengah, 07000 Langkawi

Jika anda mahu merasai rasa sebenar pizza dari Itali, ini tempatnya. Ada banyak pilihan pizza untuk anda pilih di restoran yang mana pemiliknya berasal dari Itali. Ia restoran halal.
Maka, alkohol juga tidak disediakan di sini walaupun pelanggan boleh membawanya sendiri. Cuma, penyediaannya mungkin agak memakan sedikit masa memandangkan ia dibuat mengikut tempahan ketika itu.
Halim GP Gulai Panas Airport
Alamat: No. 4 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi. Waktu Operasi: Setiap hari, 6pm – 12am

Pengalaman menyeronokkan adalah memilih ikan, udang, sotong, ketam yang segar bagi mengisi perut yang kosong. Kemudian, ia dimasak pula dengan baik khas untuk anda ketika itu.
Kari, gulai, goreng tepung, atau apa sahaja untuk dimakan bersama-sama ulam-ulaman dan sambal belacan. Tapi, yang paling terkenal pastinya gulai.
Sekali rasa pasti hendak lagi. Harganya juga tidak mahal. Kerana itu, ia semakin hari semakin banyak menerima kunjungan pelanggan. Hiasan kedai tidaklah hebat tapi cukup bersih, kemas dan selesa.
GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Website: http://www.carrentalkedah.com.my
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Alor Setar, 06200 Kedah
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856