Wednesday 13 March 2019

Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian



Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah. Namun hakitkatnya, ia sebenarnya tidak sebegitu mudah.


Ini adalah situasi dan keadaan yang berbeza-beza dari satu kejadian kepada yang lain. Dan walaupun anda mungkin fikir anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang, apabila menghadapi masalah sebenar, perkara mungkin menjadi agak berbeza.

Oleh itu, ianya penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya langkah-langkah yang perlu diambil. Apa yang perlu anda lakukan di tempat kejadian? Bagaimana menghadapi pihak yang terlibat dan pengendali trak tunda di tempat kejadian? Apakah prosedur di balai polis dan cara memfailkan tuntutan insurans?

Untuk mencapai matlamat ini, kami di iBanding akan memecah seluruh prosedur ke dalam proses yang lebih ringkas supaya pembaca dapat memahami dengan lebih terperinci setiap langkah yang terlibat.

Bahagian 1: Apa yang perlu dilakukan di tempat kejadian

1. Tenangkan diri

Biasanya selepas kedengaran bunyi “bang”, reaksi pertama ialah PANIK! Tapi jangan. Anda perlu tenangkan diri dan kekal sopan sepanjang kejadian.

Kekal di dalam kereta jika anda dapati diri anda mula panik


Ambil beberapa nafas panjang dan dalam dan beritahu diri anda bahawa segalanya dalam keadaan terkawal


Apabila anda sudah bersedia (jangan terlalu lama), keluar dari kereta anda dan lihat sekeliling dan fahami apa yang berlaku


Anda mungkin akan didekati oleh pihak lain yang terlibat. Jangan panik, yakinkan diri


Jangan mengakui kesalahan (jika pun ianya memang kesalahan anda)


Elakkan dari membuat rundingan dengan pihak lain yang terlibat


Jangan bersetuju untuk menerima atau menawarkan penyelesaian, bincang terlebih dahulu dengan ejen insurans anda, syarikat insurans atau Pusat Bantuan Kemalangan (AACC) untuk mendapatkan nasihat


Jangan menandatangani apa-apa! Walaupun mereka mengatakan mereka dari syarikat insurans anda!


Cara untuk berurusan dengan pihak yang lain

Berurusan dengan pihak lain yang terlibat bukan perkara mudah. Anda tidak tahu apa yang diharapkan oleh mereka. Sesetengah orang tenang dan rasional. Sementara yang lain tidak begitu. Apapun keadaannya, ianya penting untuk kekal tenang. Bersikap sopan. Cuba elakkan pergaduhan, dan jangan pula mula menyalahkan orang lain.

Anda tidak perlu menjadi hakim dan memutuskan siapa yang salah dan siapa yang betul. Sekiranya anda mengetahui dengan pasti kemalangan itu adalah kesalahan anda, minta maaf, dan dengan tenang beritahu pihak yang terlibat bahawa anda akan membuat laporan polis dan yang terbaik adalah dia melakukan perkara yang sama.

INGAT! Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam dari kejadian!

Bagaimana jika pihak lain tidak bekerjasama dan melarikan diri?

Hubungi ejen insurans anda dan/ atau syarikat insurans anda dan dapatkan nasihat mereka mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya. Biasanya orang tidak akan melarikan diri dari tempat kejadian kecuali ianya jelas kesalahan mereka.

Jika anda berjaya mencatatkan nombor pendaftaran kereta mereka, anda akan dapat menuntut dari syarikat insurans mereka. Tapi proses kini menjadi  lebih sukar kerana mereka tidak bersedia untuk bekerjasama. Jadi dalam apa jua keadaan, pastikan bahawa anda dapatkan nombor pendaftaran kereta, dengan ini anda boleh memfailkan laporan polis. Syarikat insurans kereta andaakan mengendalikan kes itu dan ejen yang cekap dapat membantu anda.

2. Buat penilaian

Perhatikan tempat kejadian untuk memahami perkara berikut:

Apa sebenarnya yang telah berlaku?


Siapakah yang terlibat?


Berapa banyak kereta yang kemalangan?


Siapa yang langgar siapa?


Cuba juga untuk melihat sama ada sesiapa telah melakukan sebarang kesalahan trafik yang mungkin mengakibatkan kemalangan itu. Seperti memotong di kawasan double line, atau membuat pusingan-U yang menyalahi undang-undang.

GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Alor Setar, 06200 Kedah


1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...