Sunday 10 March 2019

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JARAK JAUH



Perjalanan yang jauh ini sudah tentu mengingatkan iaitu ketua keluarga supaya membawa kenderaan ke bengkel terlebih dahulu untuk melakukan pemeriksaan bagi menjamin perjalanan yang lancar dan selamat.

Di sini saya akan kongsikan 8 tips sebelum memulakan perjalanan yang jarak jauh.
8 Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Jarak Jauh

1-Radiator dan cecair penyejukan air
Cecair penyejukan enjin boleh diperiksa pada dua tempat, pada radiator dan juga pada tangki tambahan. Cecair penyejukan enjin di dalam radiator boleh diperiksa dengan membuka tudung radiator, pastikan cecair sentiasa penuh di dalamnya.
Setiap jenis dan model kenderaan kebiasaannya menggunakan penyejuk (coolant) yang disyorkan oleh pengeluar mengikut nisbah campuran dengan air yang tertentu. Tetapi ada jenis kereta tidak menggunakan air sebaliknya 100 peratus menggunakan penyejuk yang disyorkan.



2-Tayar
Tayar adalah merupakan bahagian teramat penting di dalam memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan. Kedalaman bunga tayar minimum telah ditetapkan pada 1.6 mm. Ukuran boleh dibuat dengan duit syiling atau gunakan alat-alat lain yang boleh memberikan bacaan lebih besar dari 1.6 mm.
Kedalaman bunga tayar juga boleh diperiksa pada tanda yang diletakkan oleh pengeluar tayar.


3-Tayar simpanan (spare)
Jika tayar bocor semasa di dalam perjalanan, tayar simpanan yang ini boleh selamatkan anda. Tayar simpanan mesti diperiksa dengan menambah tekanan angin dan memeriksa kondisinya. Selain tayar simpanan, “jack”, pemusing “jack” dan pemantul cahaya yang selalunya berbentuk tiga segi juga mesti diperiksa bagi memastikan pertukaran tayar di dalam perjalanan berjalan dengan lancar.



4-Minyak enjin
Pemeriksaan minyak enjin adalah antara pemeriksaan yang paling mudah dilakukan, pemilik hanya perlu membuka bonnet dan menarik keluar “dipstick”. Pastikan minyak enjin berada pada paras yang ditetapkan. Jika kereta-kereta moden dari Jerman seperti Audi, pemilik kereta tidak perlu membuka bonnet, sebaliknya hanya menekan beberapa butang dan paras minyak enjin akan dipamerkan di skrin pada papan pemuka.



5-Pengelap cermin (wiper)
Pengelap cermin kebiasaannya dibuat dari getah, maka kebiasaannya getah tersebut akan tercalar disebabkan oleh geseran dengan cermin yang berhabuk.
Pemeriksaan getah pengelap cermin sangat mudah dilakukan dengan hanya memasang pam air pengelap cermin (washer pump), kemudian pengelap cermin akan berfungsi dan lihat jika ada garisan pada cermin disebabkan getah pengelap telah tercalar.



6-Lampu
Pastilan keadaan lampu anda bahagian depan dan belakang dalam keadaan baik dan mempunyai pencahayaan yang cukup. Selain dari memberikan cahaya untuk menambahkan tahap penglihatan di dalam gelap, lampu juga merupakan alat untuk mengelakkan kemalangan, lampu yang baik boleh dilihat oleh pemandu kenderaan lain dan ada kalanya lampu juga mampu memberikan amaran dengan cara meninggi rendahkannya di dalam masa yang cepat.



7-Kemas dan bersihkan kenderaan
Bagi anda seorang pemandu yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti diluar rumah sesetengah barangan seperti kasut sukan, kasut pejabat dan alat-alat sukan seperti raket, bola, dan kayu golf selalunya ditinggalkan di dalam kereta. Bagi memulakan perjalanan yang jauh dengan membawa kesemua ahli keluarga sudah tentu memerlukan ruang yang maksimum. Maka bolehlah pemilik kenderaan mengemas dan meletakkan segala barangan tersebut di tempat yang sepatutnya di dalam rumah. 



8.Sediakan Peta Perjalanan
Dengan teknologi navigasi satelit yang semakin maju, pelbagai jenis navigasi satelit telah diperkenalkan dan boleh digunakan pada telefon pintar anda contohnya Google Maps dan Waze yang mampu memberikan laluan terbaik kerana boleh mengesan sebarang masalah trafik pada masa sebenar. 
Pastikan telefon pintar anda mempunyai pelan data yang mencukupi kerana aplikasi-aplikasi navigasi satelit kebiasaannya menggunakan data yang besar.
 
''Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang,'' merupakan slogan kempen yang paling popular di negara kita. Biarpun ia sudah dicanangkan sejak sekian lama, namun statistik kemalangan khususnya pada musim perayaan masih membimbangkan.
Walaupun slogan ini seakan dipandang remeh oleh segelintir pemandu, namun laungan kerajaan supaya para pengguna jalan raya sentiasa peka dan lebih berhati-hati harus diberi perhatian khusus. Malah harus dipraktikkan cara pemanduan selamat supaya dapat mengurangkan risiko kemalangan jiwa terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal kunjung tiba pada minggu hadapan.



Persediaan sebelum memulakan perjalanan:

  1. Sila lakukan pemeriksaan kenderaan di bengkel yang anda percayai. Periksa keadaan tayar, bateri, air bateri kereta. 
  2. Jangan lupa periksa tayar simpanan dan pastikan anda membawa air bateri, minyak enjin, peti pertolongan cemas, pemadam api bersaiz kecil serta peralatan yang berkaitan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pastikan juga lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.
  3. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Memandu di dalam keadaan yang mengantuk dan letih adalah merbahaya.
  4. Pastikan anda turut menyemak lokasi berehat termasuk pam minyak sepanjang perjalanan.
  5. Memandangkan ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung, anda dinasihatkan supaya merancang perjalanan supaya tidak terkandas di dalam kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di lebuh raya utama pada musim perayaan. Anda juga boleh mengikuti perkembangan trafik daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti mengikuti akaun Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia @LLMinfotrafik
  6. Sekiranya perlu, anda boleh menggunakan GPS, Google Map atau aplikasi pemetaan lain untuk membantu anda mencari jalan alternatif sekiranya jalan yang anda biasa lalui mengalami kesesakan atau kerosakan.
  7. Sila pastikan anda turut menyimpan nombor-nombor penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa pemanduan, termasuk nombor telefon keluarga terdekat, balai polis berhampiran dan juga mekanik yang dipercayai.
  8. Bagi yang menggunakan perkhidmatan Touch n Go atau Smart Tag, sila pastikan anda telah membuat isian semula kad tersebutri, penyaman udara dan sebagainya. Pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik dan selamat dipandu
 
Semasa dalam perjalanan:
  1. Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa. Elakkan memandu perlahan di lorong kanan, memotong di lorong kiri dan menggunakan laluan kecemasan. Amalkan sikap bertoleransi, bertolak ansur dan bertimbang rasa semasa.
  2. Pandang cermin sisi dan cermin pandang belakang jika anda ingin memotong kenderaan lain atau mengubah laluan.
  3. Patuhi papan tanda yang menjadi panduan dalam pemanduan seperti mengetahui kawasan berisiko kemalangan, angin lintang dan sebagainya.
  4. Jika keadaan cuaca gelap atau hujan, pastikan anda menggunakan lampu utama dan bukannya menggunakan hazard light. Perlahankan kenderaan sekiranya jarak penglihatan anda terbatas. Elakkan dari memandu laju.
  5. Awasi jarak pemanduan anda. Jangan sesekali mengekori kenderaan di hadapan secara dekat kerana ia boleh mengundang padah.
  6. Pastikan anda dan penumpang memakai tali pinggang keselamatan.
  7. Sentiasa fokus pada pemanduan. Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit untuk berbual, SMS atau mengemaskini Blog, Facebook dan Twitter semasa memandu. Jika anda ingin membuat panggilan keluar, anda disarankan menggunakan kit bebas tangan (hands free) secara berwayar atau bluetooth bersambung terus dengan kenderaan anda.
  8. Jika mengantuk, seeloknya anda memberhentikan kenderaan di tempat yang selamat untuk berehat atau boleh bergilir-gilir memandu dengan keluarga atau rakan yang menemani perjalanan.
  9. Jika tempoh pemanduan memakan masa sehingga tiga hingga empat jam, anda disarankan supaya berhenti seketika di tempat yang selamat untuk merehatkan fizikal dan mental anda. Ia juga dapat memastikan kenderaan anda juga dapat berehat dari kepanasan enjin yang melampau.
kredit: ayecamera 

1 comment:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...