Saturday 9 March 2019

9 Tips Dan Panduan Menyewa Kenderaan Dari Syarikat Kereta Sewa

Tips menyewa kereta sewa. Sejak kebelakangan ini, ada banyak syarikat sewa kereta tumbuh bagai cendawan. Ia nampak ketara di kawasan tumpuan pelancong, seperti di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Melaka, Port Dickson, begitu juga di Sabah dan Sarawak.

Saya sendiri banyak membuat review dan ulasan berbentuk advertorial berkaitan sewa kereta di beberapa tempat popular tumpuan pelancong di Malaysia.

9 Tips Jika Mahu Menyewa Kereta

Tips Jika Mahu Menyewa Kereta
Untuk itu, saya sukacita nak berkongsi sedikit tips berkaitan menyewa kereta ini, samada kereta sewa pandu sendiri, mahupun menggunakan khidmat chaufeur.

Sewa Kereta Murah, Biasanya Bayar Tempahan Terlebih Dahulu

Jika ada syarikat sewa kereta yang menawarkan sewaan kereta murah, biasanya anda akan diminta untuk membayar wang pendahuluan sebelum kereta dihantar. Wang pendahuluan ini tidaklah tinggi bergantung dengan jenis kenderaan atau kereta yang anda tempah.

Selalunya, kalau syarikat yang sediakan servis kereta sewa ada mengenakan wang pendahuluan, tempahan tidak boleh dibatalkan. Namun, anda boleh menukar tarikh sewaan kereta pada tarikh yang lain.

Jika anda gagal ambil kereta pada tarikh dijanjikan, wang pendahuluan akan dikira hangus atau tidak akan dipulangkan. Jadi, fikir masak-masak untuk pilih tarikh bagi ambil kereta sewa anda.

Jenis Sewaan Kereta

Fiat car interior

Lazimnya, syarikat kereta sewa di Malaysia tidak mengenakan had perbatuan atau had kilometer pada kereta yang disewa kepada pelanggan. Jadi, anda boleh bawa kereta sewa anda tanpa risau mengenai jarak perjalanan anda.

Maka, setiap kali anda ingin menyewa sebuah kereta sewa, semak dahulu syarat perbatuan ini. Manalah tahu, anda tak sengaja memilih syarikat yang kenakan had kilometer untuk sewaan. Jika ada syarikat yang kenakan had ini, ia akan kenakan caj bagi setiap 10km selepas had diberikan.

Jadi, sila ambil nilai km ketika anda ambil kereta sewa anda. Catatkan atau paling mudah, ambil gambar dan berikan kepada syarikat kereta sewa sebagai bukti permulaan had. Ia penting untuk elakkan anda dari perlu membayar caj berlebihan atau ditipu oleh syarikat sewaan kereta yang tidak bertanggungjawab. 

Sebagai cara promosi, syarikat kereta sewa akan mengiklankan 'sewa kereta tanpa had kilometer' atau 'sewa kereta tanpa had percuma'.


Lihat & Semak Kerosakan Pada Kereta

Saya biasa menyewa kereta pandu sendiri andai bercuti ke Pulau Langkawi. Kalau anda ke Langkawi dan menyewa kereta, anda akan diberikan satu borang khas untuk membuat semakan berkaitan kerosakan pada kereta yang disewakan.

Ia juga akan mencatatkan nilai perbatuan/kilometer semasa untuk kereta tersebut.

Maka, amalkan setiap kali menyewa kereta, sila pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Antara perkara perlu semakan ialah:
  1. Lampu hadapan dan belakang.
  2. Lampu signal kiri dan kanan selain lampu brek.
  3. Kecacatan pada badan kereta.
  4. Pengelap cermin (viper) kereta.
  5. Hon kereta.
  6. Keadaan tempat duduk.
  7. Penyaman udara samada berfungsi dengan baik atau tidak.
  8. Minyak hitam dan angin tayar.

Ambil masa anda untuk mengelilingi kereta dan lakukan semakan di atas. Buat rekod andai terdapat 'kecacatan' pada kereta. Jika perlu ambil gambar sebagai bukti (sebelum dan selepas).

Saya pernah menyewa kereta yang ada banyak kerosakan. Memang perit. Selain tak boleh nak gunakan kenderaan, saya telah kehilangan banyak masa dalam waktu bercuti saya kerana kereta yang disewa rosak.

Kereta rosak penghawa dingin. Lampu tak boleh menyala.  

Anda tentunya tidak mahu perkara ini berlaku. Malah, ia boleh membahayakan nyawa anda dan keluarga. Jadi, faktor ini sangat penting untuk keselamatan anda sepanjang menyewa kereta.

Oh ya, tahukah anda terdapat kes di mana syarikat meminta ganti rugi untuk kerosakan yang terjadi kepada kereta mereka, selepas anda memulangkan kenderaan selama beberapa hari? Mereka menyalahkan anda.

Itulah pentingnya anda ada rekod bergambar sebelum dan selepas menggunakan kereta sewa.

Tangki Minyak Penuh

Ada syarikat yang menjanjikan tangki minyak penuh ketika mengambil kereta sewa. Jadi, kena pastikan janji ini ditunaikan.

Seandainya tiada penawaran seperti ini, anda kena semak tangki minyak kereta. Jika didapati tangki minyak atau penunjuk had petrol menghampiri 'E', minta tunjuk arah daripada agen syarikat berkenaan untuk ke mana-mana stesen minyak berdekatan.

Anda tentu tidak mahu terkandas di tepi jalan dek kerana kereta sewaan anda tidak ada minyak!

Rundingan Harga

Hot car white color in garage
Ini satu tips untuk anda lebih jimat. Kadangkala ketika mengambil kereta sewa, masih ada ruang untuk berunding bagi mendapatkan harga terbaik. Anda boleh minta harga dikurangkan untuk aspek-aspek dari segi saya nyatakan di atas tadi - iaitu perkara perlu disemak sebelum terima kenderaan.

Contohnya, keadaan minyak hitam sudah terlampau teruk atau penghawa dingin kurang sejuk atau tayar kenderaan dah kurang bunga.

Jika tidak dapat harga sewa dikurangkan, anda mungkin boleh minta untuk mendapatkan upgrademurah untuk model kereta yang lebih besar dan lebih baik.

Penghantaran Kereta

Ada syarikat yang menyediakan penghantaran kereta sewa ke hotel atau ke lapangan terbang. Jika anda menggunakan khidmat ini, pastikan kereta itu diletakkan di tempat atau lokasi yang selamat.

Contohnya di hotel, boleh minta syarikat letakkan kereta sewa di ruangan tempat letak kereta hotel untuk elakkan kereta sewa anda disaman kerana tidak membayar tiket parking oleh pihak majlis perbandaran.

[Baca] Pengalaman Tempah Kereta Sewa Online Dengan KLEZCar

Touch N Go

Kad ini sangat penting kalau anda menyewa kereta di kawasan Lembah Klang. Jika anda tidak mempunyai kad ini, ia tentu jadi sukar kalau mahu menggunakan lebuhraya yang kebanyakkannya menggunakan sistem Touch n Go.

Maka penting sekali anda punyai kad ini, atau jika sudah ada, pastikan mempunyai baki mencukupi. Anda boleh sahaja menggunakan kad pengenalan anda yang mempunyai fungsi Touch n Go.

Kadangkala, ada syarikat yang menyediakan kad ini untuk kegunaan para penyewa kenderaan mereka. Untuk itu, anda perlu tahu baki kad yang ada untuk tujuaan serahan semula kelak. Simpan resit setiap kali anda top-up untuk tunjukkan baki terkini pada kad bagi tujuan pemulangan wang.

Jaga Kereta Sewa Dengan Baik

Car parking
Ada pelanggan yang ambil mudah bila menyewa kereta. Tak bolehlah begini!

Sebagai seorang yang bertanggungjawab menggunakan hak milik orang, mestilah menjaga kereta yang disewakan dengan baik. Jaga dan gunakan sebagaimana menggunakan kenderaan milik anda.

Sepanjang penggunaan kereta sewa, sentiasa pastikan kereta berada di dalam keadaan bersih dan baik. Memandulah dengan berhemah, dan elakkan kenderaan terlibat dengan keadaan yang boleh mengundang jenayah.

Pastikan apabila meletakkan kenderaan, letaklah di kawasan yang bebas daripada bahaya.

Jangan letakkan kenderaan yang disewa di kawasan yang berkemungkinan jenayah seperti di tempat sunyi di mana kecurian kereta boleh berlaku, dan pastikan kereta sentiasa dikunci dan tingkap sentiasa ditutup.

Terjumpa Barang Dalam Kereta

Jika anda ada terjumpa apa-apa barang di dalam kereta yang bukan milik anda, sila beritahu syarikat sewa kereta tersebut. Anda tentu tidak mahu dipertanggungjawabkan ke atas barang yang bukan milik anda.

Manalah tahu, kot-kot ada barangan terlarang ke dalam kereta. Aha, tak pasal nanti kalau kena sekatan jalanraya dan kenderaan diperiksa didapati ada yang salah di sisi undang-undang tersimpan dalam kereta. Tak ke naya tu .. huhu.

Ini penting kenapa anda perlu semak kenderaan sebelum sah terima kunci.

Ok.

Begitulah sedikit sebanyak tips dan juga panduan yang dapat saya berikan kalau anda ingin menyewa kereta terutama dari syarikat yang menyediakan servis kereta sewa ini.


Oh ya, terakhir sekali .. andai ada diberikan dokumen untuk anda tandatangani, sila baca dengan teliti. Mohon pencerahan daripada agen atau syarikat penyedia kereta sewa andai ada klausa yang kurang jelas bagi mengelakkan timbul masalah serta kekeliruan.

Pastikan juga tempoh sewaan. Jika anda menyewa untuk satu hari, sahkan dulu waktu penghantaran semula kereta sewa tersebut. Gunakan tempoh ketika kunci kereta telah berada di tangan anda dan bukan bermula tempoh dari kereta dihantar atau sampai ke tempat penerimaan/penghantaran.

Berbudi-bahasalah ketika membuat urusan sewa kereta ini hatta dirasakan ada sesuatu yang tidak memuaskan hati.

Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.




GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Alor Setar, 06200 Kedah

1 comment:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...