Wednesday 6 March 2019

BERAPA LAMA PERLU “BERPANTANG” DENGAN KERETA BARU?

Tentu Seronok bila dapat kereta baru kan? Tapi sebelum memandu mesti anda pernah dengar tentang tempoh “berpantang” bagi kereta keluaran kilang ni. Mat salleh panggil “break-in peroid” untuk pastikan semua komponen ni dapat bergerak dengan harmoni setelah habis tempoh berpantang.
1000 kilometer pertama perbatuan kereta biasanya digelar dengan nama tempoh “Break In”. Terdapat dua cara pemanduan yang dicadangkan, satu dalam buku manual dan satu lagi lebih kepada pendapat rakan-rakan ataupun otai ataupun mereka yang merasakan idea mereka adalah lebih baik dariada para jurutera bertauliah daripada syarikat pengeluar kereta itu sendiri. 
Selain daripada berkahwin dengan kekasih hati anda dan menimang cahaya mata, saat yang sangat best ialah bila mendapat kunci kereta baharu yang masih di balut dengan plastik (tempat duduk biasanya).
Ia merupakan kereta idaman anda sejak sekiannya lama, contohnya sebuah Myvi Kuning Super Extreme. Kemudian anda mula terfikir, macam mana nak mula memandu kereta kesayangan ni?
Adakah dengan cara yang paling cermat seperti menjaga bayi ataupun memandunya dengan agresif seperti baru lepas berjaya menarik kereta Tok Penghulu kampung sebelah yang sangkut payment bank?. Baca jawapan selanjutnya seperti yang diterangkan oleh Engineering Explained (EE).

MEMANDU DENGAN CERMAT
Menurut EE, cara yang terbaik ialah dengan memandu secara cermat. Dalam 1000 kilometer pertama seeloknya jangan memerah enjin sehingga ke garisan merah ataupun menekan pedal minyak secara maksima dengan tujuan untuk mengeluarkan kesemua potensi enjin.
Cara memandu ada seribu kilometer pertama sebenarnya akan memastikan anda mempunyai enjin yang berfungsi dengan baik atauun sebaliknya.
Secara asasnya, jangan memecut sehingga tayar anda berasap, sekurang-kurangnya sehingga tamat tempoh break in. Sememangnya itulah juga cara yang dicadangkan oleh buku manual pemilik kereta.
Kurangkan berat bebanan dan pandu dengan cermat seperti anda memandu setiap hari (jangan pula terlalu lembap atau perlahan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain). 
MITOS
Mesti anda pernah dengar ada yang mencadangkan “lenjan” enjin baharu dengan ganas kononnya untuk mengeluarkan potensi enjin anda sejak dari awal.
Mereka juga biasanya akan memberikan bukti-bukti menakjubkan yang menyokong teori tersebut. Tetapi disinilah perlu menggunakan kebijaksaan dalam memilih cara break-in yang betul.
EE juga mengingatkan bahawa kereta-kereta berprestasi tinggi yang ada di pasaran seperti Nissan GT-R dan Corvette juga turut dicadangkan oleh pengeluar mereka agar mematuhi tempoh break-in dengan cara sama – 1000km pertama.
Satu perkara perlu diingat, kereta-kereta tersebut menggunakan enjin berprestasi tinggi yang memang dihasilkan dengan teknologi perlumbaan tetapi masih memerlukan tempoh break-inagar mampu berfungsi dengan baik.
Jika cara break-in alternatif tadi berkesan dan mampu membebaskan lebih banyak kuasa kuda, tidakkah anda rasa pihak pengeluar akan memberikan saranan yang berbeza dalam buku manual pemilik?
ADA KERETA YANG TAK PAYAH BERPANTANG PUN
Terdapat pengecualian bagi model-model tertentu. Honda NSX terbaru contohnya mempunyai enjin yang sudah melalui tempoh break-in di kilang pengeluarannya.
Ini membolehkan pemiliknya terus memecut ke litar sebaik keluar dari bilik pameran jika mereka mahu. Kereta-kereta macam Vios dan Myvi yang jiran anda pakai memang tak boleh buat macam tu.
Kecuali jika anda benar-benar yakin yang para juruteknik yang memasangnya telah melakukan prosedur break-in maka silalah memandu dengan agresif. Jika tidak yakin pandulah dengan cermat seperti manusia normal sepanjang tempoh tersebut untuk memanjangkan usia kereta.
Selain daripada itu kami juga menyarankan agar anda mematuhi jadual servis berkala yang ditetapkan oleh pengeluar kereta. Ia cukup penting dan berbeza mengikut model. Ia juga ditetapkan berdasarkan ujian yang dilakukan oleh para pengeluar dan bukannya ditetapkan sesuka hati ibu bapa kita.
kredit: mekanika 
GREEN MATRIX CAR RENTAL ALOR SETAR | PERKHIDMATAN KERETA SEWA ALOR SETAR
Telefon: 017-4458847 | Link WhatsApp
Alamat:
Green Matrix Alor Setar
No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall)
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Alor Setar, 06200 Kedah

No comments:

Post a Comment

15 Makanan Sedap Kedah 2019 Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kedah, pastikan anda memasukkan 15 lokasi yang kami senaraikan untuk menja...